Advertisements

Pengurangan Saman JPJ: Diskaun 70% Bulan Kemerdekaan 2021

Advertisements

Sempena Bulan Kemerdekaan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menawarkan diskaun pembayaran saman JPJ sebanyak 70% kepada semua pengguna jalan raya.

Untuk pengetahuan, JPJ ialah salah satu dari jabatan di bawah Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 1937.

Matlamat utama penubuhan JPJ adalah bagi menyediakan perkhidmatan kaunter untuk pelesenan kenderaan dan pemandu serta menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain itu, JPJ juga berperanan bagi memastikan pengguna jalan raya memandu dengan berhemah dan mempunyai kenderaan yang selamat.

Namun, JPJ memberikan keistimewaan diskaun saman ke atas pengguna jalan raya dan notis saman tersebut adalah berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ.

Tarikh Diskaun

Diskaun 70% sempena Bulan Kemerdekaan kali ini ditawarkan kepada orang ramai mulai 18 Ogos hingga 16 September 2021.

Saman Layak Menerima Diskaun

Bagi pengguna yang ingin mendapatkan diskaun saman, saman-saman yang layak untuk menerima diskaun sebanyak 70% adalah seperti bagi kesalahan di bawah:

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
  • Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334).
  • Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715).
  • Kaedah-kaedah dan perintah-perintah dibawahnya.
  • Kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Saman tersebut mestilah masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuat kuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh diskaun.

Namun, diskaun saman sebanyak 70% ini tidak termasuk bagi saman kes mahkamah, berstatus waran tangkap, atau perbicaraan.

Pembayaran Saman

Terdapat 3 kaedah pembayaran saman yang boleh dilakukan kepada pengguna jalan raya iaitu:

  1. Kaunter JPJ
  2. Kiosk JPJ
  3. Portal mySIKAP

mySIKAP adalah sebuah portal online rasmi JPJ yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai.

Bagi orang ramai yang membayar saman melalui portal mySIKAP, terdapat beberapa perkhidmatan lain yang ditawarkan iaitu:

This image has an empty alt attribute; its file name is mysikap-1a-774x1024.jpg

Bagi pendaftaran dan mengaktifkan Portal JPJ mySIKAP, sila ikuti langkah-langkah berikut:

This image has an empty alt attribute; its file name is mysikap-1b-709x1024.jpg
This image has an empty alt attribute; its file name is mysikap-2a-730x1024.jpg
This image has an empty alt attribute; its file name is mysikap-2b-728x1024.jpg

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai diskaun saman sebanyak 70% sempena bulan kemerdekaan ini, sila hubungi hotline JPJ di talian 03-8000 8000 atau melayari laman web https://www.jpj.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.