Bagi lepasan SPM dan STPM yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat universiti, anda perlu membuat permohonan UPU 2018 melalui portal rasmi UPU Online.
Tarikh permohonan: 5 Februari – 10 April 2018
Setiap pemohon mestilah membeli nombor PIN UPU di kaunter BSN sebelum membuat permohonan. Pembelian nombor unik ID BSN dibuka pada 5 Februari hingga 9 April.
Pastikan anda baca juga: Senarai 20 Universiti Awam Untuk Dipohon Selepas SPM/STPM
Permohonan UPU 2018 Online
Berikut adalah prosedur ringkas cara memohon UPU online:
- Beli nombor unik ID BSN pada harga RM15.64
- Pastikan kategori anda sama ada SPM atau STPM
- Layari portal rasmi UPU di upu.mohe.gov.my
- Semak syarat e-Panduan dengan teliti
- Isi permohonan online di http://upu.mohe.gov.my/
- Pastikan anda mengisi setiap maklumat yang bertanda Star (*) dengan lengkap
- Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan
- Isi sampai habis
- Klik sah dan hantar
- Cetak & simpan slip permohonan
Pengajian di IPTA selalunya ditanggung sendiri ibu bapa atau memohon pinjaman PTPTN. MARA tidak menyediakan bantuan pendidikan untuk pelajar IPTA. Pinjaman pengajian MARA hanya untuk kolej / universiti di bawah selian mereka sahaja.
Pembelian Nombor Unik ID BSN
Untuk membeli nombor unik ID, pemohon mesti membawa bersama MyKad. Pastikan No. Kad Pengenalan yang tertera dalam Slip No. Unik ID BSN adalah betul. Jika pemohon adalah Lepasan STPM/Setaraf, No. Unik ID bermula dengan angka 13XXX dan jika pemohon adalah Lepasan SPM/Setaraf , No. Unik ID bermula dengan angka 16XXX.
Soalan Lazim
Bolehkah saya akses UPUOnline tanpa membeli No. Unik ID?
Boleh. Anda hanya perlu Daftar Kali Pertama terlebih dahulu dengan masukkan item yang yang diperlukan. Semasa Daftar Kali Pertama ini anda tidak perlu masukkan No. Unik ID.
Selepas daftar, anda boleh akses UPUOnline untuk dapatkan maklumat seperti berikut sebelum mengemukakan permohonan:
- Manual Pengguna UPUOnline
- e-Panduan : Syarat Am dan Khas Kemasukan
Selepas itu, anda boleh membeli No. Unik ID dan mengemukakan permohonan.
Bolehkah saya mohon UPUOnline sedangkan saya belum mendapat keputusan SPM lagi?
Boleh. Anda sememangnya digalakkan untuk memohon UPUOnline lebih awal bagi memastikan anda faham bagaimana untuk menggunakan UPUOnline. Anda boleh memilih program pengajian berdasarkan keputusan percubaan dan bidang yang diminati.
Setelah memperoleh keputusan SPM, anda hanya perlu mengemaskini maklumat pilihan program pengajian supaya program yang dipilih memenuhi syarat am dan khas yang ditetapkan.
Anda boleh mengelakkan sebarang masalah teknikal/ kesesakan jika mohon UPUOnline lebih awal.
Adakah saya perlu menghantar sebarang salinan dokumen/ sijil sebagai bukti bagi proses permohonan kemasukan?
Pemohon tidak perlu menghantar sebarang salinan dokumen/ sijil kerana BPKP JPT melaksanakan proses padanan dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Peperiksaan, Majlis Peperiksaan Malaysia, Bahagian Seni & Kokurikulum KPM dan sebagainya bagi memastikan data peribadi, keputusan peperiksaan, MUET dan markah kokurikulum adalah tepat.
Walau bagaimanapon, jika anda merupakan pelajar Lepasan STPM/Setaraf dalam Kategori Diploma/Setaraf, anda perlu upload beberapa dokumen penting dalam Sistem UPUOnline.
Adakah saya diberi peluang untuk membuat kemas kini permohonan disebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan?
Ya, anda masih boleh kemas kini permohonan UPU 2018 tanpa sebarang had sepanjang tempoh permohonan. Namun demikian, anda perlu pastikan kemas kini maklumat hanya dilakukan oleh anda sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak ke-3. BPKP JPT tidak bertanggungjawab atas kesilapan maklumat yang dimasukkan.