Advertisements

Semakan Keputusan STAM 2017 Pada 18 Januari 2018

Berikut maklumat lanjut bagaimana untuk membuat semakan keputusan STAM 2017 yang akan diumumkan bermula 18 Januari 2018 nanti.

Untuk makluman, keputusan STAM tidak boleh disemak menggunakan sistem SAPS Ibu Bapa. Sistem tersebut hanya menyokong peperiksaan sekolah sahaja.

Untuk peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM, STPM atau STAM boleh disemak secara manual di sekolah atau melalui SMS.

Semakan Keputusan STAM 2017

Keputusan STAM 2017 boleh diambil di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi 18 Januari 2018. Bagi calon persendirian, keputusan akan dihantar melalui pos.

Bagi calon yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya, anda perlu mengisi borang permohonan UPU 2018 yang akan dibuka pada 5 Februari nanti. Untuk maklumat lanjut layari: Prosedur Permohonan UPU 2018 Secara Online.

Jika dulu Kementerian Pendidikan Malaysia ada menyediakan sistem semakan online, namun sekarang semakan keputusan STAM 2017 hanya boleh dibuat sama ada di sekolah atau SMS sahaja.

Semakan secara SMS adalah seperti berikut:

  1. Taipkan STAM<jarak>ANGKA GILIRAN
    Contoh: STAM BR1M2018MY
  2. Hantarkan ke 15888

Pastikan angka giliran seperti mana yang didaftarkan dalam peperiksaan.

Seramai 9,534 calon mendaftar untuk menduduki STAM 2017 di 240 pusat peperiksaan.

Dari jumlah itu, 2,365 calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; 4,951 calon Sekolah Menengah Agama Negeri; 704 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat; 1,370 calon persendirian manakala 52 calon Sekolah Menengah Swasta yang berdaftar dengan KPM.

Sementara 92 calon lagi calon luar negara (Kemboja) yang mendaftar dengan KPM.