Kesan Autisme Seawal 16 Bulan Melalui Ujian Saringan M-CHAT Online
Kesedaran masyarat tentang autisme semakin meningkat. Terima kasih kepada ibu bapa yang memiliki anak syurga ini kerana berkongsi setiap detik menguruskan anak autism.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi.
Biasanya autisme dapat dikesan seawal 3 tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih.
Terdapat beberapa simpton / tanda awal autism contohnya:
- Tiada Eye Contact & Tiada Tindak Balas Apabila Nama Dipanggil
- Kemahiran Motor Yang Lemah
- Tidak Kenal Tentang Bahaya
- Mempunyai Masalah Sensori
- Hyperactive
- Gemar Menyusun Permainan Seperti Kereta
- Lambat Bercakap
- Tidak Pandai Bersosial & Gemar Bermain Sendirian
- Menggunakan Tangan Orang Lain Untuk Mengambil Sesuatu
- Lewat Tidur Waktu Malam
- Tertarik Kepada Objek Berpusing
- Tidak Suka Pelukan
Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah ‘Asperger’s Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal.
Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism. [Sumber]
Bagi ibu bapa yang menantikan kelahiran anak pada tahun ini jangan lupa untuk memohon skim ADAM50 yang menyediakan insentif RM200 seorang.
Kesan Autisme Ujian Saringan M-CHAT Online
M-CHAT dihasilkan untuk menyaring autism spectrum disorder (ASD) dikalangan kanak-kanak berumur 16 bulan sehingga 30 bulan. Ianya bertujuan untuk mengesan tanda-tanda awal autisme dan merujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga/Pakar Pediatrik sekiranya perlu.
Disebabkan ianya satu kaedah saringan, tidak semua kanak-kanak yang menepati kriteria M-CHAT boleh didiagnosakan sebagai kanak-kanak autisme. Kanak-kanak tersebut perlu dirujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga/Pakar Pediatrik bagi pengesahan diagnosa.
Begitu juga sebaliknya, tidak bermaksud jika kanak-kanak tersebut tidak mempunyai kriteria seperti yang tertulis di M-CHAT, tidak bermakna kanak-kanak tersebut tidak mempunyai ASD. Rujuk kepada Pegawai Perubatan/Pakar Perubatan Keluarga di Klinik Kesihatan berhampiran anda untuk maklumat lanjut.
Walaubagaimanapun, saringan M-CHAT mempunyai sensitiviti yang tinggi untuk mengesan penyakit autisme dan diharapkan agar ianya mampu dijadikan kaedah bagi memudahkan ibu bapa menyaring penyakit ini.
Saringan di Google Form ini disediakan oleh Pelajar Doktor Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya untuk Facbook Public Health Malaysia untuk kemudahan orang awam. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung di laman web berikut: http://m.me/publichealthmalaysia
Klik gambar di bawah atau pergi ke link ini untuk Ujian Saringan M-CHAT: https://tinyurl.com/phmautism