UKSBP atau Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2018 adalah ujian saringan yang dilaksanakan kepada sekumpulan murid terpilih sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP.
UKSBP Fasa 2 Tahun 2018 akan dilaksanakan pada 23 dan 24 Januari 2018 bagi calon yang belum menduduki ujian tersebut.
Murid yang memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR 2017 perlu memohon untuk kemasukan ke SBP dan perlu menjalani ujian saringan tersebut.
Murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP.
Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki
UKSBP terlebih dahulu.
UKSBP 2018
Bua masa sekarang UKSBP 2018 akan dijalankan di 69 pusat iaitu di semua SBP.
Murid yang tidak membuat permohonan secara online dan terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama.
Jika gagal, murid boleh membuat permohonan apabila e-Rayuan dibuka.
Untuk permohonan rayuan semula, sila ikut langkah-langkah di bawah:
- Masuk ke laman sesawang: www.moe.gov.my .
- Klik semakan ke SBP Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
- Masukkan angka giliran UPSR/PT3.
- Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
- Klik pada e-rayuan.
- Hantar
Pastikan anda baca juga: Semakan SAPS Ibu Bapa Slip Peperiksaan Sekolah 2018
Semakan Keputusan SBP 2018
Semakan keputusan SBP boleh dibuat menerusi:
- Laman sesawang KPM; www.moe.gov.my
- Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, KPM
- Talian hotline BPSBPSK : 03-8321 7400
- Kaunter JPN/PPD yang berhampiran
- Makluman melalui SMS
Sekiranya berjaya, murid perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan untuk diserahkan kepada pihak sekolah ketika hari pendaftaran.
Sekiranya maklumat tidak lengkap/tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan/menolak pendaftaran tersebut.
Murid perlu mendaftar dalam masa 7 hari dari tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran. Tawaran akan terbatal sekiranya murid tidak mendaftar dalam masa yang ditetapkan.
Berikut antara Mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Satu SBP.
Untuk keterangan lanjut layari https://sst1.moe.gov.my/ atau boleh hubungi +603-8000 8000