Perumahan Generasi Baru FELDA atau PGBF merupakan satu inisiatif kerajaan terdahulu yang telah di ambil alih oleh kerajaan Negeri Pahang dengan penjenamaan semula kepada “Rumah Pahang”.
Berikut merupakan maklumat berkenaan projek rumah Pahang ini, baca artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahui lebih lagi.
Pengenalan Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) 2023
Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) atau sekarang dikenali sebagai Rumah Pahang, pada asalnya merupakan inisiatif kerajaan dahulu yang telah bermula daripada tahun 2013, yang dicipta bagi membantu golongan FELDA mendapatkan rumah.
Namun disebabkan beberapa perkara projek ini telah terbelangkai dan telah disambung oleh kerajaan terkini. Penyambungan inisiatif ini telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, sewaktu Sambutan Hari Peneroka FELDA ke-67 baru-baru ini, dimana beliau telah mengumumkan inisiatif dan peruntukan sewajarnya bagi PGBF ini.
Pada saat ini, program perumahan ini bakal dikendalikan sepenuhnya oleh FIC Supplies Sdn Bhd (dimiliki sepenuhnya oleh FELDA), di mana mereka akan menyiapkan 283 unit perumahan yang sebelum ini tergendala.
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kepada generasi baharu FELDA yang berpendapatan rendah mendapatkan rumah impian sendiri yang selesa supaya dapat didiami bersama keluarga.
Harga Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) 2023
Bagi anda yang berminat dengan PGBF ini, terdapat enam pakej perumahan yang boleh anda pilih, dan berikut kami senaraikan pakej perumahan yang ada:
- Pakej Alamanda (RM199,800)
- Unit Banglo : 30′ x 50′ (1,500sqft)
- 4 Bilik Tidur
- 2 Bilik Air
- Pakej Anggerik (RM155,800)
- Unit Banglo : 30′ x 37′ (1,100sqft)
- 3 Bilik Tidur
- 2 Bilik Air
- Pakej Teratai (RM135,800)
- Unit Banglo : 25′ x 38′ (950sqft)
- 3 Bilik Tidur
- 2 Bilik Air
- Pakej Kenanga (RM113,800)
- Unit Banglo : 25′ x 38′ (950sqft)
- 3 Bilik Tidur
- 2 Bilik Air
- Pakej Rafflesia (RM87,800)
- Unit Banglo : 20′ x 35′ (700sqft)
- 3 Bilik Tidur
- 2 Bilik Air
- Pakej Orkid (RM78,800)
- Unit Banglo : 20′ x 35′ (700sqft)
- 2 Bilik Tidur
- 2 Bilik Air
Untuk spesifikasi rumah PGBF yang lengkap anda boleh lihat pada dokumen di bawah:
Syarat Permohonan
Bagi anda yang berminat untuk membeli PGBF ini anda perlu memastikan bahawa anda memenuhi syarat kelayakan di bawah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga 70 tahun
- Pemohon atau pasangan adalah generasi FELDA
- Pemohon Lot Generasi Felda (LGF) yang telah memiliki geran lot rumah daripada Pejabat Tanah
- Tempoh pembiayaan maksima sehingga 35 tahun atau sehingga had umur pemohon berusia 70 tahun pada tarikh matang tempoh kemudahan pembiayaan (mana-mana yang terdahulu)
- Bekerja sendiri atau berpendapatan minimum RM1,000 sebulan
- Pembelian rumah pertama dan untuk kediaman sendiri
- Tidak diisytiharkan bangkrap
- Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan
Cara Memohon PGBF
Jika anda telah memenuhi syarat kelayakan tersebut dan masih berminat anda boleh melakukan permohonan dengan memuat turun dan melengkapkan Borang Permohonan Lot Kediaman Generasi di bawah:
Setelah memuat turun dan melengkapkan borang di atas, anda boleh menghantarkan borang permohonan beserta dokumen yang diminta ke alamat berikut:
FIC Supplies Sdn Bhd, Aras 4, Balai Felda, Jalan Gurney 1, 54000 Kuala Lumpur.
*NOTA: Borang permohonan beserta dengan dokumen sokongan yang lengkap sahaja akan diproses oleh pihak FIC Supplies.
Pemohon yang layak akan diteruskan untuk proses pinjaman pembiayaan; manakala permohonan yang tidak layak anda akan dimaklumkan oleh wakil jualan FIC Supplies.
Dokumen Yang Diperlukan
Berikut merupakan senarai dokumen yang anda perlu hantar beserta borang permohonan PGBF:
Pemohon bekerja sendiri:
- Kad Pengenalan
- Salinan geran individu
- Pendaftaran syarikat/perniagaan
- Pendapatan mesti disahkan oleh Pengurus Rancangan/Penghulu/Pegawai Kerajaan kategori A
- Penyata bank 6 bulan terkini
Pemohon berpendapatan tetap:
- Kad Pengenalan
- Salinan geran individu
- Slip gaji 3 bulan terkini
- Surat pengesahan majikan
- Penyata bank 3 bulan terkini
Baca juga: Pahang Pride Kid 2023: Cara Memohon dan Manfaatnya
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkenaan PGBF atau Rumah Pahang ini anda boleh ke laman rasmi e-Perumahan Pahang atau anda boleh hubungi FIC Supplies Sdn Bhd secara berikut:
- No. Tel: 010-232 1037 (Pn. Mas Suri)/ 03-2617 5000
- E-mel: [email protected]