Advertisements

Ujian Komputer Lesen Memandu KPP JPJ: Tips, & Contoh Soalan

Ujian Komputer Lesen Memandu KPP JPJ: Tips, & Contoh Soalan

Ujian Komputer Lesen Memandu merupakan satu ujian penting yang wajib dijalani oleh setiap individu yang ingin mengambil lesen memandu. Kegagalan mengambil atau menjawab ujian ini akan menyebabkan anda tidak boleh menyambung proses pengambilan lesen di peringkat seterusnya.

Oleh itu, sebagai individu yang ingin mengambil lesen memandu di Malaysia, anda perlu pastikan bahawa anda lulus ujian ini. Berikut kami kongsikan bersama anda tips, format, dan contoh soalan yang bakal anda hadapi sewaktu ujian ini.

Ujian Komputer Lesen Memandu JPJ

Seperti yang dinyatakan di bahagian sebelum ini, Ujian Komputer Lesen Memandu ini merupakan ujian yang wajib diambil oleh semua individu yang ingin mengambil lesen memandu di Malaysia.

Ujian ini selalunya dijalankan beberapa hari selepas calon menghadiri kursus KPP, namun anda tidak perlu risau kerana, calon akan diberikan Buku Kokurikulum Pendidikan Pemandu sebagai panduan sebelum ujian ini dilaksanakan.

Melalui ujian ini calon perlu menduduki ujian teori undang-undang komputer selama 45 minit. Markah penuh bagi ujian ini adalah 50/50, namun, untuk lulus ujian ini, calon hanya perlu mendapatkan minima 42/50 bagi ujian ini.

Jika calon lulus, calon akan dibenarkan untuk ke peringkat seterusnya. Tetapi jika gagal, calon perlu mengulang semula ujian ini, sehingga calon tersebut mendapat markah lulus.

Ujian Komputer
Sumber: Metro Driving Company

Format dan Contoh Soalan

Bagi anda yang bakal mengambil ujian komputer lesen memandu ini, terdapat tiga format ujian yang perlu anda duduki bagi memenuhi keperluan proses mendapatkan lesen memandu ini.

Tiga jenis format ujian yang perlu anda duduki adalah:

  • Ujian Warna
  • Ujian Huruf, Nombor dan Warna
  • Ujian KPP

Calon perlu menjawab semua soalan dalam tempoh 45 minit.

*NOTA: Anda perlu lulus 42 soalan daripada 50 soalan yang diberikan untuk ke proses pengambilan lesen yang seterusnya.

Ujian Warna

Ujian warna ini dilakukan bagi melihat sama ada calon yang ingin mengambil lesen mempunyai penglihatan yang baik dan tidak rabun warna.

Ujian ini sangat penting kerana ia merupakan pra-syarat untuk ke peringkat seterusnya. calon yang buta warna tidak dibenarkan untuk mengambil lesen.

Bagi soalan jenis ini, calon akan diberikan waktu sebanyak 15 minit untuk menjawab kesemua 8 soalan yang diberikan.

Jika individu tidak dapat menjawab semua soalan dengan betul, individu dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan tindakan selanjutnya.

Berikut adalah contoh soalan ujian warna ini:

warna

Ujian Huruf, Nombor dan Warna

Ujian huruf nombor ini merangkumi ujian buta warna di atas. Ujian ini memerlukan calon untuk melakukan pengenalpastian atau pengecaman nombor plat kenderaan serta warna yang diberikan

Seperti ujian warna, calon yang tidak berjaya menjawab semua soalan dengan betul pada peringkat ini juga dinasihatkan untuk bertemu dengan doktor bagi mendapatkan tindakan selanjutnya

Contoh soalan ujian huruf nombor boleh dilihat melalui gambar di bawah

Huruf, nombor

Ujian Teori KPP JPJ

Bahagian terakhir bagi ujian komputer ini adalah Ujian Teori KPP. Bahagian ini merupakan soalan multi jawapan, di mana calon diberikan pilihan jawapan sama ada A, B, atau C dan individu perlu memilih 1 pilihan jawapan sahaja apabila menjawab.

Pada bahagian ini, calon perlu menjawab tiga sub bahagian yang terdiri daripada soalan mengenai simbol dan papan tanda (15 Soalan), peraturan jalanraya (25 Soalan) dan soalan undang-undang, jalanraya, dan soalan kejara (10 Soalan).

Berikut merupakan contoh soalan bagi ujian teori KPP ini:

Ujian-KPP-A
KPP-B
Ujian-Komputer-C

Tips Ujian

Bagi anda yang bakal menjalani ujian komputer ini, berikut tips yang boleh kami berikan buat anda sebagai persediaan mengahadapi ujian:

  1. Baca buku KPP yang disediakan.
  2. Muat turun dan lakukan ujian simulasi atas talian di Ujian KPP
  3. Hafal bahagian undang-undang dan keutamaan kenderaan yang perlu jalan dulu.
  4. Fokus semasa menghadiri ceramah KPP kerana penceramah kebiasaannya sudah memfokuskan soalan yang kerap keluar semasa ujian komputer.

Sumber: Pakar Lesen Memandu

Diharapkan perkongsian berkenaan ujian komputer lesen memandu ini dapat memudahkan urusan calon dalam mendapatkan lessen memandu.

Kami ucapkan selamat berjaya dalam menduduki ujian lesen memandu ini dan semoga lulus dengan cemerlang.

Baca juga: Perodua Axia E 2023 – Kereta Manual Hargah Rahmah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.