Zakat Pulau Pinang dengan kerjasama FAMA Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan satu projek khusus kepada para asnaf di negeri tersebut iaitu Projek Fertigasi Asnaf Zakat.
Projek Fertigasi Asnaf Zakat ini diwujudkan untuk mengaplikasikan dan menyebar luas penggunaan teknologi terkini dalam bidang pertanian kepada belia asnaf untuk menjadi usahawan tani.
Pelaksanaan projek ini dijalankan hasil kerjasama antara pihak Zakat Pulau Pinang dan FAMA Negeri Pulau Pinang.
Para asnaf yang berminat boleh membuat permohonan mulai 18 Januari 2023 hingga 27 Januari 2023.
Mengenai Zakat Pulau Pinang
Zakat Pulau Pinang merupakan institusi pengurusan zakat agama Islam di Negeri Pulau Pinang yang memulakan operasi pada 27 Disember 1994 berpusat di Taman Selat, Butterworth.
Ketika awal penubuhan, terdapat tiga cawangan kaunter perkhidmatan zakat telah dibuka iaitu di Taman Selat, Butterworth, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), dan di Kompleks Bukit Mertajam.
Kini, Zakat Pulau Pinang telah menambah 6 lagi cawangan kaunter perkhidmatan zakat iaitu di Nibong Tebal, Bayan Baru, Balik Pulau, Kepala Batas, Lebuh Buckingham dan Ayer Itam.
Syarat Kelayakan
Para asnaf yang berminat perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan:
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Pulau Pinang.
- Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah.
- Berumur di antara 21 hingga 55 tahun.
Cara Memohon
Cara permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari pautan permohonan iaitu https://forms.gle/XbyJnDgHQhQNz1oi7.
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
- Isi semua maklumat dengan betul dan lengkap.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai inisiatif projek ini, para asnaf boleh hubungi Bahagian Projek Khas, Zakat Pulau Pinang, MAINPP di talian 04-549 8000 samb 178/154.