Advertisements

Tol Percuma Sempena CNY (20-21 Januari 2023)

Kerajaan Perpaduan Malaysia telah mengumumkan pemberian tol percuma sempena Tahun Baru Cina atau Chinese New Year (CNY) pada tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tol percuma ini diberikan mengurangkan beban rakyat untuk pulang ke kampung halaman sempena sambutan CNY.

Inisiatif ini diharapkan dapat memberi kemudahan dan melancarkan pergerakan orang ramai untuk pulang sempena hari perayaan tersebut.

Pemberian inisiatif ini dilakukan selepas Menteri Kerja Raya dan Menteri Pengangkutan telah ambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi lebuh raya di Malaysia.

Inisiatif ini akan melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM40 juta.

Tarikh Pemberian Tol Percuma

Tol percuma akan diberikan kepada pengguna lebuh raya pada 20 dan 21 Januari 2023.

Pelaksanaan tol percuma ini akan bermula pada jam 12.01 tengah malam pada 20 Januari 2023 sehingga jam 11.59 malam 21 Januari 2023.

Cadangan Waktu Perjalanan

Cadangan waktu perjalanan bagi CNY tahun ini adalah seperti berikut:

i) Perjalanan keluar dari Lembah Klang ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), dan Johor

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan dari Lembah Klang yang menghala ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor di antara 19 Januari hingga 22 Januari ini dinasihatkan supaya mula memasuki Lebuhraya Utara-Selatan sebelum jam 9:00 pagi.

ii) Perjalanan keluar dari Lembah Klang ke lain-lain negeri

Pengguna yang keluar dari Lembah Klang ke negeri-negeri lain adalah dinasihatkan memasuki lebih raya antara jam 12.00 tengah hari sehingga 4.00 petang.

iii) Perjalanan kembali ke Lembah Klang

Bagi perjalanan kembali ke Lembah Klang pada 22 Januari sehingga 29 Januari 2023, pengguna dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya sebelum jam 9.00 pagi.

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/tol-percuma-pada-20-21-januari-pm/

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.