Anak Negeri Selangor yang berkelayakan dan mematuhi kriteria yang ditetapkan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan pelbagai jawatan di Negeri Selangor menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN).
SPN Selangor telah ditubuhkan pada tahun 1960
mengikut Bab 10 Perkara XCVII (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Tanggungjawab suruhanjaya ini adalah untuk melantik, mengesahkan dan memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau berpencen, menaikkan pangkat,
menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota perkhidmatan di Negeri Selangor.
Permohonan tarikh tutup permohonan ini ialah pada 23 Disember 2022 (12.00 tengahari).
Jawatan Yang Ditawarkan
Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Jawatan | Gred | Jumlah Kekosongan |
Penolong Pegawai Syariah | LS29 | 2 |
Penolong Pegawai Tanah | NT29 | 7 |
Penghulu | NP29 | 3 |
Penolong Pemelihara Hutan | G29 | 4 |
Penolong Pegawai Veterinar | G29 | 2 |
Pelukis Pelan (Seni Bina) | JA19 | 1 |
Pembantu Kemahiran | H19 | 2 |
Pembantu Tadbir (Pekeranian/Operasi) | N19 | 47 |
Pembantu Pembangunan Masyarakat | S19 | 1 |
Pembantu Operasi | N11 | 6 |
Taraf Jawatan
Taraf jawatan yang ditawarkan adalah perjawatan tetap.
Syarat Umum
Syarat umum untuk memohon perjawatan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Lelaki sahaja.
Cara Memohon
Permohonan jawatan ini boleh dibuat melalui kaedah berikut:
- Layari laman web https://espns.selangor.gov.my/index.php/login?back=recruitment/intake/umum.
- Klik butang ‘Daftar Akaun Baru.’
- Isi semua maklumat yang diperlukan.
- Klik butang ‘Daftar,’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Buat permohonan jawatan yang diinginkan.
Calon Yang Berjaya
Calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan sahaja yang akan dipanggil temuduga.
Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh selepas 6 bulan dari tarikh permohonan ditutup atau selepas 6 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga).
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai SPN, sila layari laman web https://spn.selangor.gov.my/.