Advertisements

Cadangan Waktu Perjalanan Highway PLUS Sempena CNY

Pihak PLUS Malaysia Berhad telah mengeluarkan cadangan waktu perjalanan highway PLUS kepada pengguna lebuh raya yang akan menggunakan lebuh raya utara selatan semasa Tahun Baru Cina atau Chinese New Year (CNY) pada tahun ini.

PLUS Malaysia Berhad telah diperbadankan pada 29 November 2010 yang merupakan syarikat induk Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad, Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE), Linkedua (Malaysia) Berhad (Linkedua), Konsortium Lebuh Raya Butterworth-Kulim Sdn Bhd (KLBK) dan TERAS Teknologi Sdn. Bhd (TERAS).

Selain itu, PLUS juga merupakan syarikat induk kepada Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) daripada UEM Builders Berhad.

Jangkaan Kenderaan

Pihak PLUS menjangkakan 2 juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya pada hari-hari puncak (hari-hari yang dijangka mencatatkan jumlah trafik tertinggi) iaitu pada 20 Januari, 21 Januari dan 24 Januari 2023.

Ini adalah merupakan peningkatan sebanyak 20% berbanding jumlah trafik pada hari-hari biasa.

Cadangan Waktu Perjalanan

Cadangan waktu perjalanan bagi CNY tahun ini adalah seperti berikut:

i) Perjalanan keluar dari Lembah Klang ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), dan Johor

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan dari Lembah Klang yang menghala ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor di antara 19 Januari hingga 22 Januari ini dinasihatkan supaya mula memasuki Lebuhraya Utara-Selatan sebelum jam 9:00 pagi.

ii) Perjalanan keluar dari Lembah Klang ke lain-lain negeri

Pengguna yang keluar dari Lembah Klang ke negeri-negeri lain adalah dinasihatkan memasuki lebih raya antara jam 12.00 tengah hari sehingga 4.00 petang.

iii) Perjalanan kembali ke Lembah Klang

Untuk perjalanan kembali ke Lembah Klang pada 22 Januari sehingga 29 Januari 2023, pengguna dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya sebelum jam 9.00 pagi.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai cadangan waktu perjalanan highway PLUS ini, sila layari laman web https://www.plus.com.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.