Yayasan Veteran ATM (YVATM) menyediakan satu insentif kepada anak-anak Veteran ATM yang lahir pada 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022 iaitu Insentif Pendidikan Anak Veteran ATM Kelahiran 2022.
Insentif ini adalah bertujuan untuk menyediakan satu simpanan pendidikan khas kepada anak-anak Veteran ATM bagi persediaan ke institusi pengajian tinggi.
Simpanan adalah berbentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional Prime (SSPN Prime) iaitu produk simpanan patuh syariah untuk perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi.
Ibu bapa yang berminat boleh memohon sehingga 31 Mac 2023 dan/atau setelah mencapai 1,000 orang pemohon.
Manfaat Yang Diterima
Selain simpanan, ianya menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti:
- Pemberian dividen setiap tahun.
- Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000.00.
- Pemberian geran sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga.
- Perlindungan takaful percuma.
- Khairat kematian.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada anak-anak Veteran ATM beragama Islam yang lahir pada 1 Januari 2022 hingga 31 Disimber 2022.
- Permohonan yang berjaya akan menerima insentif RM1,000.00 berbentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional Prime (SSPN Prime).
- Permohonan terbuka kepada 1,000 orang anak-anak Veteran ATM sahaja.
- Simpanan hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai umur 18 tahun dan ke atas.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti cara memohon berikut:
- Layari pautan https://yvatm.my/#/insentif-pendidikan.
- Klik butang ‘Klik Butang Mendaftar.’
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang ‘Hantar.’
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:
- Kad pengenalan pemohon (depan dan belakang)
- Kad pengenalan anak (depan dan belakang)
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Insentif Pendidikan Anak Veteran ATM Kelahiran 2022, sila layari pautan https://yvatm.my/#/insentif-pendidikan.