Advertisements

Ranking MRSM Terbaik 2023 Berdasarkan Keputusan SPM

Ranking MRSM Terbaik 2023 Berdasarkan Keputusan SPM

Maktab Rendah Sains Mara atau lebih dikenali sebagai MRSM merupakan sekumpulan sekolah berasrama penuh yang dikelolakan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

MRSM merupakan institusi pendidikan di Malaysia yang menyediakan pendidikan menengah kepada pelajar-pelajar warganegara Malaysia bermula daripada tingkatan satu sehingga tingkatan lima.

Berikut kami sediakan senarai ranking terbaik Maktab Rendah Sains Mara bagi tahun 2023, berdasarkan keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun 2022, yang baru keluar pada awal bulan ini.

Maktab Rendah Sains Mara

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Sehingga tahun 2022, terdapat sebanyak 55 buah Maktab Rendah Sains Mara yang sedang beroperasi di seluruh Malaysia, di mana kesemua MRSM ini menawarkan program pendidikan SPMRSM yang menggabungkan kurikulum standard Kementerian Pendidikan Malaysia dan kurikulum khas MARA.

Maktab Rendah Sains Mara sehingga kini menjadi antara pilihan awal ibu bapa sebagai sekolah terbaik untuk anak-anak mereka, kerana rekod mereka yang cemerlang terutama dalam peperiksaan awam SPM.

Program Pendidikan MRSM

MRSM menawarkan enam jenis program pendidikan berbeza iaitu:

Program mrsm

Senarai Ranking MRSM Terbaik (Berdasarkan Keputusan SPM 2022)

Berikut merupakan senarai 10 MRSM terbaik berdasarkan keputusan SPM tahun 2022 dan senarai penuh ranking Maktab Rendah Sains Mara berdasarkan keputusan SPM tahun 2022.

10 MRSM Terbaik

Berikut merupakan senarai 10 MRSM yang mendapat keputusan SPM 2022 terbaik di antara 55 MRSM yang wujud di Malaysia bersama Gred Purata Maktab Rendah yang diterima daripada pencapaian ini :

  1. Kepala batas : 1.65
  2. Langkawi : 1.66
  3. Tun Abdul Razak : 1.75
  4. TGB : 1.78
  5. Johor Baharu : 1.84
  6. Alor Gajah : 1.85
  7. Pasir Tumboh : 1.92
  8. Sg Besar : 1.95
  9. Taiping : 1.96
  10. Kota Putra : 1.97

Senarai Ranking Maktab Rendah Sains Mara 2023

Berikut merupakan senarai penuh ranking Maktab Rendah Sains Mara bagi tahun 2023 berdasarkan keputusan SPM 2022 yang baru sahaja diumumkan:

RankingMRSMGPM
1MRSM Kepala Batas 1.656
2MRSM Langkawi1.657
3MRSM Tun Abdul Razak1.747
4MRSM Tun Ghafar Baba1.781
5MRSM Johor Bahru1.843
6MRSM Alor Gajah1.852
7MRSM Pasir Tumboh   1.915
8MRSM Sungai Besar1.947
9MRSM Taiping1.955
10MRSM Kota Putra1.974
11MRSM Gemencheh 2.078
12MRSM Pengkalan Chepa  2.081
13MRSM Kubang Pasu2.131
14MRSM Kuantan2.132
15MRSM Pasir Salak2.151
16MRSM Kuala Kubu Bharu2.190
17MRSM Batu Pahat2.226
18MRSM Kuala Klawang2.285
19MRSM Bagan Datuk2.320
20MRSM Parit 2.370
21MRSM Serting 2.412
22MRSM Tumpat2.413
23MRSM Tun Dr. Ismail2.414
24MRSM Betong 2.449
25MRSM Kota Kinabalu2.530
26MRSM Transkrian2.592
27MRSM Pengkalan Hulu2.626
28MRSM Kuala Terengganu2.635 
29MRSM PDRM Kulim2.657
30MRSM Balik Pulau2.669
31MRSM Baling 2.681
32MRSM Kuala Berang2.687
33MRSM Terendak2.695
34MRSM FELDA Trolak2.695
35MRSM Tun Ghazali Shafie2.710
36MRSM Mersing   2.729
37MRSM Kuching2.762
38MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens2.806
39MRSM Merbok2.837
40MRSM Gerik2.847
41MRSM Semporna2.849
42MRSM Muar2.894
43MRSM Muadzam Shah2.915
44MRSM ATM Bera3.007
45MRSM Kuala Krai3.017
46MRSM Besut3.043
47MRSM Arau3.097
48MRSM Jeli3.118
49MRSM Betong3.143
50MRSM Pendang3.157
51MRSM Sultan Azlan Shah 3.171
52MRSM Lenggong3.239
53MRSM Mukah3.259
54MRSM Beseri3.410
55MRSM Tun Mustapha3.807

MRSM Terbaik Mengikut Program

Berikut merupakan 2 MRSM terbaik mengikut program yang disediakan oleh pihak MARA:

Ranking MRSM

Maklumat Tambahan

Bagi mendapatkan maklumat tambahan berkenaan MRSM ini anda boleh ke portal rasmi Maktab Rendah Sains Mara.

Baca juga: Ranking SBP Tahun 2023 Berdasar Keputusan SPM 2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.