Advertisements

Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM): Panduan Penggunaan & Fungsi

Sistem Sahsiah Disiplin Murid (SSDM) atau sebelum ini dikenali sebagai Sistem Salahlaku Disiplin Murid sebelum diubahsuai, merupakan satu sistem yang dicipta oleh kerajaan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia, untuk merekod dan mengurus sahsiah dan disiplin para pelajar di sekolah.

Dengan memasukkan skor (amalan baik/masalah disiplin) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti murid tersebut.

Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan SSDM ini teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel.

Apa itu Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)?

Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) adalah salah satu modul yang berada di bawah Modul Pengurusan Murid, yang merekod perilaku masalah disiplin dan amalan baik yang dilakukan oleh seseorang murid.

Contoh amalan baik adalah seperti memungut sampah di dalam kelas, membantu rakan atau guru dalam kesusahan, membersihakn dan mengemas meja guru, menghormati rakan dan guru dan banyak lagi amalan murni yang boleh direkodkan.

Dengan adanya catatan amalan terpuji ini ia dapat memberi keseimbangan dan menggalakkan lagi amalan baik dalam kalangan murid-murid serta pemarkahan dalam sistem ini akan menjadi lebih telus dan harmoni.

SSDM ini secara ringkasnya membantu dalam penyediaan maklumat yang efektif dan terkini di mana ianya secara langsung akan dapat membantu pengurusan di semua peringkat membuat perancangan bagi mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid dengan lebih teratur, baik dan berkesan.

SSDM

Objektif SSDM

Objektif utama SSDM ini dicipta dan diubahsuai kepada Sistem Sahsiah Diri Murid adalah untuk:

  1. Membentuk sahsiah dan jati diri murid dengan menggalakkan murid dalam mengamalkan nilai-nilai murni dan pekerti mulia di dalam kehidupan seharian.
  2. Membantu dalam penyediaan maklumat yang perlu dikemaskini secara langsung
  3. Membantu dalam mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid dengan lebih berkesan.

Kategori Pengguna

SSDM ini boleh diakses oleh empat kategori pengguna, iaitu:

  1. Sekolah
  2. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
  3. Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
  4. Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)

Tugas Utama

Tugas utama SSDM adalah:

  • Merekod kes-kes salahlaku/perilaku baik murid
  • Menyimpan perincian maklumat murid dan sekolah
  • Menjana dan memaparkan laporan statistik salahlaku dan amalan baik murid
  • Menjana surat amaran ponteng mengikut tahap

Tujuan Sistem Diperkenalkan

Berikut adalah tujuan SSDM 2.0 diperkenalkan oleh KPM :

  1. Menambahbaik SSDM sedia ada.
  2. Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada.
  3. Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
  4. Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.
  5. Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin/ GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.
  6. Sebagai satu pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan.

Login SSDM KPM

Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada 4 tahap pengguna di atas, anda boleh log masuk portal SSDM dengan mengikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Layari laman web rasmi SSDM.
  2. Masukkan ID dan kata laluan dan klik butang ‘Masuk’ (ID dan Kata laluan Boleh didapatakan dengan menghubungi pegawai SSDM)
  3. Setelah berjaya masuk, pengguna akan dapat melihat menu-menu di paparan utama seperti berikut:
    • Maklumat terkini
    • Tukar kata laluan
    • Maklumat sekolah
    • Maklumat murid
    • Laporan
    • Muat Turun
    • Pengesahan
    • Log keluar
  4. Hal-hal berkaitan dengan murid boleh diakses melalui bahagian ‘Maklumat Murid’ seperti yang disediakan.
  5. Pengguna boleh mengemaskini maklumat seperti senarai salah laku dan disiplin, perbuatan baik dan sebagainya di bahagian ‘Maklumat Murid’ .
  6. Surat amaran juga boleh dicetak selepas maklumat disiplin dan salah laku dikemaskini melalui bahagian tersebut.

*NOTA: Jika anda terlupa kata laluan, anda perlu menghubungi pihak SSDM melalui emel mereka di [email protected] dengan meyatakan nama,nombor telefon dan dari sekolah mana serta butiran ‘error’ atau ralat sistem yang berlaku berserta tarikh, masa, bagaimana masalah terjadi.

Panduan Penggunaan

Berikut merupakan panduan penggunaan SSDM ini mengikut kategori pengguna:

Baca juga: UPBMG 2023: Pengenalan, Format Ujian dan Jadual Peperiksaan

Hubungi SSDM

Jika anda ada masalah berhubung SSDM, boleh hubungi pihak SSDM melalui alamat atau nombor berikut:

UNIT DISIPLIN
SEKTOR HAL EHWAL MURID
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 3 & 4, BLOK E2,
PARCEL E,
62604 PUTRAJAYA
Tel : 03-88849339 & 03-88849451



Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.