semakan bsh 2019

Semakan BSH 2019: Cara Semak Status Permohonan Online

Macam mana nak buat semakan BSH 2019 sama ada layak atau tidak?

Untuk makluman, sekiranya anda penerima Bantuan Sara Hidup tahun lepas, maknanya anda layak secara automatik untuk terima BSH pada 28 Januari ini.

Namun, bukan semua layak.

Menurut sumber rasmi dari portal BSH, hanya tiga golongan berikut yang akan terima pembayaran BSH fasa pertama ini iaitu:

  • Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
  • Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
  • Warga emas sebatang kara

Pemohon kategori bujang termasuk ibu tunggal yang tiada tanggungan tidak layak untuk terima duit Bantuan Sara Hidup.

Namun jangan risau. Sebabnya bermula 1 Februari nanti, permohonan baru akan dibuka kepada semua yang layak.

Kemaskini Bantuan Sara Hidup

Umum sedia maklum, setiap penerima BSH wajib kemaskini maklumat masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

Contohnya bagi penerima BSH 2015 yang tidak mengemaskini permohonan sehingga BSH 2018, anda perlu membuat permohonan baru pada BSH 2019.

Antara maklumat penting yang wajib dikemaskini termasuklah:

  • Status perkahwinan terkini termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel yang digunakan
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Selain itu, bagi permohonan baru anda perlu memenuhi beberapa kriteria / syarat permohonan seperti:

  • Permohonan hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2018 / 2019

Dan setiap permohonan wajib kemukakan beberapa dokumen sokongan antaranya:

  • Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh SSM mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • MyPR / MyKAS / Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau dokumen perjalanan seperti pasport dan Visa bagi pasangan / tanggungan bukan warganegara Malaysia.
  • Salinan pembuktian status perceraian / kematian pasangan bagi status Ibu Bapa Tunggal / Balu /Janda / Duda (jika berkaitan). Sijil perceraian pemohon yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau JPN

Buat masa sekarang terdapat tiga kategori permohonan Bantuan Sara Hidup iaitu:

  1. Bantuan RM1,000 kepada isi rumah berpendapatan RM2,000 ke bawah
  2. Bantuan RM750 untuk isi rumah berpendapatan RM2,001 hingga RM3,000 sebulan
  3. Bantuan RM500 kepada isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan
  4. Bantuan RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah (terhad 4 orang) kecuali anak OKU (tiada had umur)
  5. Bantuan RM500 secara one-off untuk pesara kerajaan dengan pencen kurang RM1,000 sebulan

Tarikh Pembayaran BSH

Pembayaran fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti.

Pembayaran fasa kedua dan ketiga belum diumumkan secara rasmi.

Namun mengikut tahun-tahun sebelum ini, kemungkinan besar pembayaran seterusnya dijadualkan pada bulan Jun dan Ogos nanti.

Jika berlaku kematian adakah waris penerima layak mendapat duit BSH tersebut?

Jawapannya YA jika penerima pernah mendaftarkan waris ketika proses permohonan dibuat.

Melalui skim khairat kematian, waris akan terima RM1,000 yang boleh dituntut di mana-mana cawangan BSN seluruh Malaysia.

Antara dokumen yang diperlukan ketika proses tuntutan skim khairat kematian ialah:

  1. Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  2. Kad Pengenalan Asal Waris
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris

Waris hanya boleh terdiri daripada:

  • Ibu
  • Bapa
  • Pasangan
  • Anak
  • Adik-Beradik
  • Cucu

Pembayaran pada 28 Januari nanti akan dibuat terus ke akaun bank masing-masing. Antara bank yang terlibat dengan proses pembayaran ini termasuklah:

  1. AFFIN BANK
  2. AGRO BANK
  3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
  4. AM BANK BERHAD
  5. AL RAJHI BANK
  6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
  7. BANK RAKYAT
  8. MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
  9. BANK SIMPANAN NASIONAL
  10. CIMB BANK BERHAD
  11. CITIBANK BERHAD
  12. HONG LEONG BANK
  13. HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
  14. MAYBANK
  15. OCBC BANK
  16. PUBLIC BANK BERHAD
  17. RHB BANK BERHAD
  18. STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
  19. UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Yang tidak mempunyai akaun bank, surat baucar akan dipos ke alamat anda.

Baucar tersebut boleh ditukar kepada tunai di bank-bank terlibat.

Semakan BSH 2019

Untuk anda yang masih ragu-ragu sama ada layak atau tidak untuk terima Bantuan Sara Hidup, anda boleh buat semakan BSH 2019 di portal rasmi https://bsh.hasil.gov.my

Cuma masukkan nombor kad pengenalan.

Sistem akan memaparkan maklumat kelulusan seperti berikut:

Selain perkhidmatan online pihak LHDN juga akan membuat makluman status permohonan melalui saluran berikut:

  • Surat makluman yang akan dicetak dan diposkan kepada pemohon;
  • Portal Rasmi BSH
  • Semakan secara Aplikasi Mobile BSH;
  • Melalui e-Mel berdasarkan alamat e-Mel yang dikemukakan semasa permohonan terutama bagi permohonan yang berstatus tidak lulus;
  • Menghubungi LHDNM: 1-800-88-2716 atau MoF: 03-8882 4565 / 4566; atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Untuk semakan online, caranya masukkan nombor kad pengenalan dan jawab beberapa soalan yang ditanya, kemudian keputusan permohonan akan dipaparkan seperti dalam gambar di bawah:

semakan status permohonan br1m 2018

Nota Penerangan Status Permohonan

  • Didaftarkan: Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini
  • Diterima: Permohonan Telah Dikemaskini berdasarkan borang yang diterima
  • Dalam Proses: Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan
  • Ditangguhkan: Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan semasa tempoh rayuan
  • Lulus: Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
  • Tidak Lulus: Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya
  • Status Kredit Tidak Berjaya: Surat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

Pastikan anda mengisi maklumat yang terkini dan tepat sahaja.

Ini kerana kegagalan memberikan maklumat yang sahih akan menyebabkan permohonan anda GAGAL serta-merta.

LHDN akan membuat verifikasi maklumat anda dengan beberapa agensi kerajaan lagi bagi tujuan pengesahan.

Antara jabatan yang terlibat dalam proses ini ialah:

  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Akauntan Negara
  • Polis Diraja Malaysia
  • Angkatan Tentera Malaysia
  • KWSP
  • Kumpulan Wang Persaraan
  • SSM
  • JPJ
  • Jabatan Agama Islam Negeri
  • Kementerian Pendidikan Tinggi
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Kementerian Luar Negeri

Sekiranya permohonan anda gagal, sila hubungi LHDN untuk membuat rayuan semula. Berikut antara sebab kenapa permohonan BSH anda ditolak:

  1. Maklumat tanggungan yang tidak tepat.
  2. Tiada maklumat pasangan bagi pemohon berstatus kahwin.
  3. Memohon lebih dari satu kali (suami/isteri membuat permohonan berasingan).
  4. Tidak menyertakan dokumen pengesahan status penceraian atau kematian pasangan.
  5. Pelajar yang layak menerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia bagi sesi 2017/2018.
  6. Tidak melaporkan pendapatan bagi yang bekerja sendiri dan makan gaji.
  7. Pemohon yang menetap / bekerja / belajar di luar negara.
  8. Penerima BR1M sejak 2015 yang tidak mengemaskini maklumat bagi tempoh 3 tahun.
  9. Maklumat peribadi tidak tepat seperti nama, nombor kad pengenalan dan status perkahwinan.

Maklumat selanjutnya akan kami kemaskini sebaik dimaklumkan oleh bahagian Bantuan Sara Hidup nanti.

Pastikan anda join Telegram Bantuan Sara Hidup untuk mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

  • 2.5K
    Shares

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.