Advertisements

Skim Pembiayaan Online Tekun (SPOT) : Cara & Syarat Memohon

Skim Pembiayaan Online Tekun atau lebih dikenali sebagai SPOT merupakan satu skim pembiayaan yang telah disediakan oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) bagi membantu para usahawan.

Skim ini telah mula diperkenalkan pada tahun 2022 oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ketika itu, iaitu Tan Sri Noh Omar, dalam Sesi Dialog bersama persatuan, koperasi dan usahawan Bumiputera.

Berikut merupakan maklumat terperinci berkenaan SPOT. Jika anda ingin mengetahui lebih lagi berkenaan hal ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

Apa itu Skim Pembiayaan Online Tekun (SPOT)?

Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) adalah skim pembiayaan berasaskan tawarruq yang khusus untuk usahawan yang menjalankan perniagaan menerusi medium atas talian (online business) bagi merancak serta mengembangkan perniagaan mereka.

Objektif skim ini adalah untuk membantu usahawan dalam talian yang menjalankan perniagaan secara dalam talian bagi merancak serta mengembangkan perniagaan. Oleh itu, keutamaan SPOT ini diberikan kepada peniaga atas talian yang menggunakan platform perniagaan seperti MyMall, Shopee, Lazada, Zalora dan lain-lain.

Skim pembiayaan online tekun

Syarat Permohonan

Bagi usahawan yang berminat untuk memohon Skim Pembiayaan Online Tekun (SPOT) ini anda perlu memastikan bahawa anda memenuhi syarat-syarat permohonan di bawah sebelum melakukan permohonan:

  1. Bumiputera dan Warganegara Malaysia (Masyarakat India bagi SPUMI).
  2. Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  3. Pemohon bukan seorang muflis.
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia (Syarikat 100% hak milik Masyarakat India bagi SPUMI).
  5. Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online).
  7. Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan.
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda).
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000).
  10. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
  11. Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan.
  12. Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan.
  13. Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah.

Syarat tambahan bagi Skim Pembiayaan Online TEKUN ini adalah penerima biaya TEKUN sedia ada (lain-lain produk) tidak layak untuk memohon SPOT kecuali akaun yang berstatus ‘selesai bayar’ atau ‘tutup tamat’.

Jumlah Pembiayaan Skim Pembiayaan Online TEKUN

Berikut merupakan jumlah pembiayaan yang diperuntukkan di bawah SPOT ini iaitu

  • RM1,000 – RM5,000 bagi usahawan informal.
  • RM1,000 – RM20,000 bagi usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM).

Tempoh Pembiayaan & Kadar Keuntungan

Bagi anda yang berjaya dalam permohonan anda, tempoh pembiayaan SPOT ini adalah sehingga 60 bulan atau 5 tahun dengan kadar keuntungan sebanyak 3% setahun.

Cara Permohonan Skim Pembiayaan Online TEKUN

Permohonan SPOT ini boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa.

Baca juga: STR Bujang: Tarikh dan Jumlah Pembayaran 2024

Dokumen Yang Diperlukan

Bagi anda yang berminat untuk memohon SPOT ini pastikan anda membawa dokumen-dokumen di bawah sewaktu melakukan permohonan:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan) (depan dan belakang)
  2. Lesen / Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) Atau Pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
  3. Gambar perniagaan pemohon yang menunjukkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
  4. Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan / akaun Semasa yang mengandungi nama / syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank

Dokumen tambahan (jika berkenaan)

  1. Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) ini adalah mengikut senarai dokumen yang diperlukan dan dokumen tambahan (jika berkenaan)
  2. Mengemukakan penyata jualan yang disediakan oleh platform secara atas talian seperti MyMall, Shopee, Lazada, Zalora dll (jika berkenaan)

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang menginginkan maklumat tambahan berkenaan SPOT atau produk lain yang ditawarkan TEKUN, anda boleh ke laman rasmi mereka di pautan berikut https://www.tekun.gov.my/ms/#.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.