gaji julai 2018

Rasmi: Tarikh Pembayaran Gaji Julai 2018 Diawalkan Seminggu

Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah mengeluarkan pekeliling untuk memaklumkan pindaan tarikh pembayaran gaji bulan Julai 2018.

Mengikut jadual gaji 2018, gaji bulan Julai akan dibayar pada 25 Julai (Rabu). Namun kerajaan telah bersetuju untuk membuat pembayaran gaji awal seminggu iaitu pada 18 Julai (Rabu).

Pelaksanaan peraturan pembayaran gaji tahun 2018 masih tertakluk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2017 rujukan ANM(T)81/10/6/10(35) bertarikh 22 Disember 2017.

Tarikh Gaji Julai 2018

Berikut adalah pekeliling rasmi dari JANM.

Untuk semakan penyata gaji, anda boleh layari https://www.penyatagaji.com/

  • 1.2K
    Shares