Advertisements

Teks Pengacara Majlis : Format Penulisan & Contoh-Contohnya

Adakah anda pernah menjadi pengacara atau bakal mengacara sesuatu majlis? Jika ya, di sini kami akan ajarkan kepada anda bagaimana ingin menulis teks pengacara majlis yang baik yang mampu membantu dan melancarkan pengacaraan anda.

Kami juga akan sediakan beberapa contoh teks mengacara yang baik, yang boleh anda jadikan rujukan sewaktu menulis teks tersebut. Teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Apa itu Teks Pengacara Majlis?

Pengacara merupakan orang yang paling penting dalam sesuati majlis terutamanya bagi majlis formal. Hal ini demikian kerana, mereka merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mengelola majlis tersebut daripada A hingga Z sewaktu majlis sedang berlangsung.

Oleh itu, mereka memerlukan teks pengacara bagi memastikan acara yang dijalankan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Selain itu, teks ini diperlukan bagi memastikan penggunaan bahasa yang betul digunakan adalah tepat dan bersesuaian dengan majlis.

Melalui teks ini juga, pengacara akan dapat memandu majlis dengan lebih teratur kerana selalunya melalui teks yang disediakan turut terselit aturan majlis, sebagai contoh waktu bacaan doa, ucapan pengarah, pemberian hadiah dan sebagainya di dalam teks yang disediakan.

Kepentingan Teks

Teks ini sangat penting kepada seseorang pengacara kerana teks ini berfungsi sebagai:

  1. Sebagai panduan utama pengacara.
  2. Bagi mengelakkan berlakunya kesilapan pemilihan perkataan.
  3. Memastikan acara mengikut turutan yang sempurna (salam, susunan protokol,permulaan majlis, isi majlis dan penutup)
  4. Memastikan pengacara menggunakan gaya bahasa yang indah dan mudah difahami.

Kriteria Teks

Bagi anda yang bakal menulis teks pengacara anda sendiri, anda perlu memastikan penulisan anda memenuhi kriteria-kriteria di bawah:

  • Jelas dan mempunyai jarak yang sesuai
  • Menggunakan bahasa yang baik
  • Mengikut protokol majlis
  • Berukuran separuh atau sehelai kertas A4
  • Satu muka surat untuk satu pengumuman
  • Nama majlis dicatatkan di atas dan di muka pertama sahaja

Format Penulisan

Penulisan teks pengacara ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu

  1. TAJUK MAJLIS
    1. Nama Majlis
    2. Nama Penganjur
    3. Tempat
    4. Tarikh
    5. Waktu
  2. KANDUNGAN
    • Pengumuman Ketibaan Tetamu Kehormat (VVIP)
    • Pra aluan
    • Sapaan/ salutasi
    • Alu-aluan/ Salam Pembuka
    • Bacaan Doa
    • Pengenalan Latar Majlis
    • Jemputan Ucapan
    • Ucapan penganjur/perasmi/tetamu undangan
    • Penyampaian Cenderamata
  3. PENUTUP
    • Jemputan ke jamuan
    • Ucapan terima kasih atas kedatangan tetamu
    • Pernyataan salam perpisahan

Kandungan Tambahan

Selain bahagian di atas, di dalam teks pengacara tersebut juga boleh diletakkan perkara-perkara berikut bagi memastikan pembacaan teks selari dengan aktiviti yang sedang berlangsung di dalam majlis tersebut:

  1. Panduan (cue)
  2. Masa
  3. Pengumuman (ANN)

Contoh cara penggunaan kandungan tambahan ini di dalam sesuatu teks pengacaraan boleh dilihat dalam rajah dibawah:

Teks Pengacara

Contoh Teks Pengacara Majlis

Berikut merupakan antara contoh teks pengacara terbaik yang boleh anda jadikan rujukan sewaktu melakukan penulisan teks pengacaraan anda:

Bagi anda yang ingin mengasah teknik pengacaraan yang anda miliki, boleh beli buku Panduan Pengacara Majlis Dan Pengurusan Majlis Rasmi yang sesuai untuk guru, mahasiswa dan penjawat awam sebagai rujukan anda.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.