Berikut kami kongsikan kepada anda contoh soalan bagi Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) sebagai persediaan anak-anak anda.
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM atau UKKM merupakan ujian yang dijalankan pihak MARA bagi memilih calon yang layak untuk memasuki Sekolah MRSM bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4.
Ujian ini wajib diduki semua calon yang telah melakukan permohonan bagi kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara. Ujian yang dijalankan merangkumi beberapa subjek antaranya ialah Bahasa Melayu, Sains, dan Matematik.
Apa itu Soalan UKKM?
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM atau UKKM adalah ujian yang dijalankan bagi kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Ujian ini dilakukan kerana pemansuhan peperiksaan awam iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) (darjah 6) dan PT3 (tingkatan 3), maka pihak MARA telah menjadikan ujian UKKM sebagai syarat kelayakan dalam pemilihan pelajar ke MRSM.
Terdapat empat subjek atau ujian yang perlu diambil oleh pemohon serta mendapat keputusan sekurang-kurangnya lulus setiap satu ujian yang diduduki. Empat subjek tersebut ialah:
- Bahasa Melayu
- Matematik
- Sains
- Keperibadian (format soalan objektif)
Untuk pemohon yang memohon MRSM Ulul Albab, IGSCE dan Teknikal anda dikehendaki menduduki ujian tambahan yang berkaitan dengan MRSM pilihan anda sebagai syarat tambahan.
Format Soalan UKKM
Berikut merupakan perincian format mengikut subjek yang dikongsikan oleh MARA bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4:
- Soalan Matematik
- Masa menjawab: 30 minit
- Jumlah soalan: 30 soalan objektif & subjektif
- Soalan Sains
- Masa menjawab: 35 minit
- Jumlah soalan: 30 soalan objektif
- Soalan Bahasa Melayu
- Masa menjawab: 30 minit
- Jumlah soalan: 30 soalan objektif
- Ujian Keperibadian
- Masa menjawab: 30 minit
- Jumlah soalan: 80 soalan objektif
- Ujian Khas Ulul Albab Tingkatan 1
- 35 minit
- Khusus untuk calon yang memohon program Ulul Albab, anda diwajibkan untuk menduduki ujian hafazan dan tulisan jawi.
- Berikut adalah contoh ujian hafazan :
- Menghafaz ayat-ayat hafazan dalam masa 25 minit
- Kelancaran, tajwid dan hafazan.
Contoh Soalan UKKM
Berikut merupakan contoh soalan yang boleh anda jadikan rujukan bagi ujian UKKM nanti:
Matematik
- Soalan berkaitan wang dalam peratusan, pecahan, perpuluhan dan nisbah untuk calon Tingkatan 1.
- Soalan berkaitan nisbah, kadaran, simpanan, pelaburan, kredit, hutang, pengiraan faedah dan konsep jual beli untuk calon TIngkatan 4.
- Seorang penternak mempunyai 100 ekor lembu dan itik. Jumlah kesemua kaki binatang ialah 250. Berapa ekor kambing yang ada?
Sains
- Soalan yang berkaitan Pengetahuan Am. Pelajar yang rajin membaca buku yang berkaitan Sains,informasi yang berkaitan Sains dapat menjawab soalan UKKM dengan baik.
- Calon perlu menjawab apakah tindakan atau reaksi terhadap sesuatu perkara apabila berlaku sesuatu
Keperibadian
- Ujian berkaitan hal kendiri dan sikap
- Calon dikehendaki untuk memilih jawapan sama ada Ya atau Tidak, Setuju atau Tidak dan Betul atau Salah ke atas kenyataan yang diberikan.
- Contohnya, Saya suka bekerja dalam satu pasukan (Betul/Salah), Saya mudah bersimpati terhadap orang lain (Betul/Salah)
- Calon digalakkan unutk memilih jawapan yang munasabah dan positif
Ulul Albab
- Pelajar akan diberikan ayat-ayat untuk dihafal
- Masa yang diberikan adalah 25 minit sahaja
- Antara Contoh ayat hafazan yang diberikan ialah Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 12
- Pelajar akan dinilai berdasarkan kelancaran membaca Al-Quran, tajwid dan juga hafazan itu sendiri
- Setiap pelajar diberi masa selama 35 minit sahaja dan perlu mengikut giliran
- Sebelum ini, ayat hafazan yang diberikan adalah daripada Surah Al- Mulk ayat 1 hingga ayat 12
Sebagai persediaan menghadapi Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM ini anda boleh membelikan buku latihan pengukuhan darjah 6 dan tingkatan 3 sebagai persediaan mereka.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklum balas berkenaan UKKM ini anda boleh emelkan kepada pengambilanmrsm@ mara.gov.my.
ATAU;
Anda boleh menghubungi mereka melalui cara di bawah:
- Layari Portal Rasmi MARA
- Hubungi :03-2613 2000
- Emel: [email protected]