Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM atau UKKM merupakan ujian yang dijalankan pihak MARA bagi memilih calon yang layak untuk memasuki Sekolah MRSM bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4.
Ujian ini wajib diduki semua calon yang telah melakukan permohonan bagi kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara. Ujian yang dijalankan merangkumi beberapa subjek antaranya ialah Bahasa Melayu, Sains, dan Matematik.
Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan apa itu UKKM, dan bagaimana pelajar yang telah memohon MRSM boleh melakukan semakan ujian kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 dan 4 tahun 2024.
Apa itu UKKM?
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM atau UKKM adalah ujian yang dilakukan bagi pengambilan pelajar baru tingkatan 1 dan tingkatan 4 yang berminat untuk menyambung pelajaran mereka di MRSM.
Ujian ini dilaksanakan bagi menguji potensi dan minat pelajar sebelum melayakkan diri ke peringkat pertimbangan kemasukan ke MRSM.
Terdapat empat subjek atau ujian yang perlu diambil oleh pemohon serta mendapat keputusan sekurang-kurangnya lulus setiap satu ujian yang diduduki. Empat subjek tersebut ialah:
- Bahasa Melayu
- Matematik
- Sains
- Keperibadian (format soalan objektif)
Untuk pemohon yang memohon MRSM Ulul Albab, IGSCE dan Teknikal anda dikehendaki menduduki ujian tambahan yang berkaitan dengan MRSM pilihan anda sebagai syarat tambahan.
Tarikh Semakan UKKM
Untuk pengetahuan anda tarikh semakan UKKM bagi tahun 2024 belum dibuka lagi. Sebarang perubahan atau maklumat berkenaan tarikh semakan ujian ini akan kami maklumkan dari semasa ke semasa.
Cara Semakan UKKM
Bagi anda yang telah melakukan permohonan ke MRSM, berikut merupakan cara untuk membuat semakan UKKM:
- Cara Buat Semakan Bagi Tingkatan 1
- Layari laman web rasmi UKKM MRSM
- Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk
- Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan
- Cara Buat Semakan Bagi Tingkatan 4
- Layari laman web rasmi MRSM
- Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk
- Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan
NOTA: Pastikan anda mencetak keputusan/dokumen yang keluar, kerana anda perlu membawa dokumen tersebut pada hari ujian berlangsung.
Tarikh dan Lokasi Ujian
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, tarikh semakan UKKM masih belum diumumkan jadi tarikh ujian UKKM dan lokasi ujian bagi sesi 2024 juga masihbelum diumumkan lagi.
Namun begitu, jika mengikut takwim tahun 2023, sesi ujian kemungkinan dilakukan pada tempoh berikut:
- Sesi 1 : November & Disember 2023
- Sesi 2 : Januari 2024
- Sesi 3 : Februari 2024
Jemputan untuk menduduki Ujian ini dilaksanakan secara berperingkat dan lokasi ujian calon akan dimaklumkan melalui SMS dan emel
Baca juga: Contoh Soalan Dan Format Ujian UKKM MRSM 2024
Format UKKM
Berikut merupakan perincian format mengikut subjek yang dikongsikan oleh MARA bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4:
- Soalan Matematik
- Masa menjawab: 30 minit
- Jumlah soalan: 30 soalan objektif & subjektif
- Soalan Sains
- Masa menjawab: 35 minit
- Jumlah soalan: 30 soalan objektif
- Soalan Bahasa Melayu
- Masa menjawab: 30 minit
- Jumlah soalan: 30 soalan objektif
- Ujian Keperibadian
- Masa menjawab: 30 minit
- Jumlah soalan: 80 soalan objektif
- Ujian Khas Ulul Albab Tingkatan 1
- 35 minit
- Khusus untuk calon yang memohon program Ulul Albab, anda diwajibkan untuk menduduki ujian hafazan dan tulisan jawi.
- Berikut adalah contoh ujian hafazan :
- Menghafaz ayat-ayat hafazan dalam masa 25 minit
- Kelancaran, tajwid dan hafazan.
Sebagai persediaan menghadapi Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM ini anda boleh membelikan buku latihan pengukuhan darjah 6 dan tingkatan 3 sebagai persediaan mereka.
Dokumen Penting
Jika anda sudah melakukan semakan, dan telah mengetahui tarikh dan lokasi ujian, pastikan anda tidak lupa untuk membawa dokumen dan alatan di bawah sewaktu hari ujian:
- 2 salinan Surat Panggilan Menduduki UKKM/Ujian Khas Ulul Albab/Ujian Teknikal/ Ujian Khas IGCSE.
- My Kad atau My Kid calon.
- 1 salinan slip gaji ibu bapa/penjaga terkini atau borang pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang disahkan (jika tiada slip gaji / bekerja sendiri / lain-lain)
- 1 salinan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris yang disahkan.
- Alat tulis (pensil 2B atau pensil BB), pemadam dan pengasah pensil)
- Kalkulatior saintifik (bagi subjek Matematik untuk calon Tingkatan 4 sahaja).
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumbalas boleh emel kepada pengambilanmrsm@ mara.gov.my.. Jika anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk:
- Layari Portal Rasmi MARA
- Hubungi :03-2613 2000
- Emel:[email protected]