Advertisements

Tips Kenali Iklan Ubat Tiada Kelulusan

Orang ramai diingatkan untuk berwaspada terhadap iklan ubat tiada kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU).

Untuk makluman, semua iklan ubat yang ingin dijual mestilah mendapat kelulusan daripada LIU.

Iklan ubat tanpa kelulusan LIU adalah satu perlanggaran di bawah Seksyen 4B, Akta Ubat (Iklan & Penjualan 1956).

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Tujuan Kawalan

Tujuan pelaksanaan kawalan kawalan ubat dilakukan adalah seperti berikut:

  • Mengawal selia kandungan pengiklanan.
  • Melindungi kesihatan awam dengan mengalakkan pengunaan ubat-ubatan yang selamat.

20 Jenis Penyakit Tidak Boleh Diiklankan Ubatnya

20 jenis penyakit penyakit tidak boleh diiklankan ubatnya adalah seperti berikut:

  • Penyakit/kerosakan buah pinggang
  • Penyakit/kerosakan jantung
  • Batuk kering
  • Kencing manis/diabetis
  • Tekanan darah tinggi
  • Tekanan urat saraf berkaitan perhubungan seks
  • Penyakit venerus/penyakit kelamin
  • Lemah fungsi seks
  • Frigiditi
  • Kemandulan
  • Kusta
  • Penyakit mata
  • Pekak
  • Kanser
  • Angin pasang
  • Asma/lelah
  • Sakit mental
  • Sawan
  • Lumpuh
  • Ketagihan dadah

Iklan Tiada Kelulusan

Tips untuk mengetahui iklan tiada kelulusan adalah seperti berikut:

  1. Tiada nombor kelulusan KKLIU.
  2. Menggunakan tuntutan perubatan untuk penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, kanser, ataupun meningkatkan fungsi seksual.
  3. Mempunyai perkataan superlatif atau keterlaluan seperti ajaib, mujarab, atau diyakini berkesan.
  4. Menggunakan pelbagai testimoni yang meragukan.
  5. Mempunyai visual profesional atau peralatan perubatan.

Sumber: Facebook KKM https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.