Kebiasaannya apabila kanak-kanak disahkan demam doktor pasti akan memberikan preskripsi ubat demam paracetamol dalam bentuk cecair berbanding ubat kapsul yang selalu diberikan kepada orang dewasa.
Kerap kali juga ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor tidak dihabiskan kerana anak telah sembuh sepenuhnya. Dan apabila ini berlaku, kebiasaannya ibubapa akan menyimpan lebihan ubat cecair di dalam peti sejuk untuk kegunaan akan datang.
Namun begitu tahukah anda ubat demam cecair sebenarnya tidak elok disimpan terlalu lama lebih-lebih lagi di dalam peti sejuk!
Menerusi Twitter, Dr Ahmad Luqman Bukhari berkongsi perihal mengapa tidak boleh simpan ubat demam paracetamol di dalam peti sejuk terlalu lama.

Terdedah Kepada Bakteria Atau Kulat
Menurut pengalamannya, beliau sentiasa berasa pelik kerana ramai ibu bapa membawa anak berjumpanya mengatakan anak demam panas tak kebah. Walhal sudah diberikan ubat demam di rumah.
Apabila diselidiki rupanya anak tersebut diberikan ubat demam yang sudah lama tersimpan di dalam peti sejuk.
Tambah Dr Ahmad Luqman lagi besar kemungkinan ubat tersebut telah pun rosak dan langsung tak berkesan.
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Ini kerana ubat demam paracetamol yang dibotolkan dari kilang sudah terisi dengan ‘clean air’. Malah ada juga terisi dengan nitrogen.
Apabila botol ubat dibuka, ‘clean air’ tersebut akan terkeluar dan kemudian udara biasa pun akan memasuki ruang botol.
Manakala ubat demam cecair itu pula sudah dicampur dengan bahan pengawet untuk elak pembiakan bakteria di dalam ubat tersebut.
Kesannya daripada terdedah kepada udara biasa atau disimpan terlalu lama, ianya menjadikan ubat tersebut rosak kerana berkemungkinan udara luar tersebut mengandungi bakteria dan kulat.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila ubat demam cecair tersebut kemudiannya disimpan di dalam peti sejuk.
Baca juga: Pilih Vitamin C Sesuai Dengan Anak Anda. Doktor Ini Kongsikan Caranya
Wap Air Rosakkan Ubat
Selama ini kita fikir simpan ubat di dalam peti sejuk itu baik untuk buat ia tahan lama sedangkan hakikat adalah sebaliknya!
Pada suhu rendah di dalam peti ais, proses kondensasi boleh berlaku di dalam botol dan akan membentuk wap aip di dalam botol ubat.
Wap air yang terkumpul di dalam botol tadi ini boleh akan berngalir ke bawa dan bercampur dengan cecair ubat dan menyebabkan ubat menjadi rosak.
Wap air tersebut tiada bahan pengawet lalu boleh menyebabkan bakteria dan kuman membiak.
Sebenarnya apa-apa ubat demam jenis cecair seharusnya disimpan di dalam kondisi suhu bilik. Paling bagus usah simpan ubat demam apabila anak sudah pulih dan sihat. Jika ingin juga pastikan tidak lebih dari dua bulan.
Siapa kat sini yang tak tahu bahaya sebenarnya kalau kita simpan ubat demam paracetamol tu lama sangat kat dalam peti sejuk? 😥
— Ahmad Luqman Bukhari (@drluqman) February 28, 2022
Thread. pic.twitter.com/BxniqKgyJx
Kredit: Twitter Dr Ahmad Luqman Bukhari