waktu bekerja fleksi

Jadual Waktu Bekerja Fleksi Penjawat Awam Bermula 1 Mac 2019

Tahukah anda bermula hari ini 1 Mac 2019 perlaksaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) penjawat awam akan dikuatkuasakan di semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan.

WBF diperkenalkan bagi menggantikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) yang diguna pakai sepertimana dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2017 yang menggunakan empat waktu peringkat iaitu WP1, WP2, WP3 dan WP4.

Buat permulaan, WBF akan dilaksanakan secara rintis terlebih dahulu di semua kementerian dan jabatan kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya manakala jabatan Persekutuan bagi negeri Perlis, Perak, Selangor, Johor, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Waktu Bekerja Fleksi

Waktu pejabat di bawah program waktu bekerja fleksi telah ditetapkan selama 9 jam termasuk waktu rehat sejam.

Waktu pejabat akan bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang kecuali hari Khamis di Johor dan Terengganu, yang bermula jam 7.30 pagi hingga 4 petang.

Setiap penjawat awam boleh memulakan tugas bila-bila masa antara 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Pegawai yang mengetik kehadiran pada jam 8.31 pagi dikira lewat memulakan tugas.

Sebagai contoh, pegawai yang memulakan tugas pada jam 8.07 pagi akan menamatkan tugas pada jam 5.07 petang.

jadual waktu bekerja fleksi

Tempoh waktu bekerja yang perlu dipatuhi termasuk waktu rehat dan solat Jumaat.

Mana-mana pegawai yang bekerja sebelum jam 7.30 pagi akan dianggap memulakan tugas pada 7.30 pagi.

Tiada bayaran lebih masa disediakan melainkan pegawai diarah sedemikian.

waktu bekerja fleksi pekeliling

Bagaimanapun, projek rintis WBF ini tidak terpakai untuk semua pegawai yang berkhidmat di sekolah atau institusi pendidikan dan fasiliti kesihatan.

Pulang 1 Jam Lebih Awal

Dan bagi pegawai wanita yang mengandung, anda boleh mendapat kebenaran pulang 1 jam lebih awal.

Pekeliling tersebut telah berkuatkuasa 1 Januari tahun lepas.

Pekeliling ini untuk:

  • kemudahan ini diperuntukkan kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam lantikan tetap dan kontrak (contract of service);
  • pegawai wanita yang mengandung lima bulan dan ke atas boleh dibenarkan menggunakan kemudahan ini;
  • pegawai boleh dibenarkan menggunakan kemudahan ini pada bila-bila masa, bermula apabila pegawai wanita mengandung lima bulan dan ke atas;
  • kemudahan ini akan tamat sehari selepas tarikh akhir yang diluluskan atau pada tarikh mulanya Cuti Bersalin, mengikut mana yang terdahulu; dan
  • penggunaan kemudahan ini adalah berdasarkan permohonan pegawai dan kelulusan Ketua Jabatan. Borang permohonan adalah seperti di Lampiran A yang diisi sekali sahaja bagi setiap kehamilan. Borang ini perlu dikemukakan seminggu sebelum kemudahan ini hendak digunakan bagi melicinkan urusan pentadbiran pejabat.

Bagi pegawai lelaki pula:

  • pegawai lelaki berkenaan pulang bersama-sama isterinya yang merupakan pegawai Perkhidmatan Awam yang mengandung lima bulan dan ke atas; dan
  • isteri pegawai telah diberi kelulusan oleh Ketua Jabatan untuk menggunakan kemudahan ini dan pegawai hendaklah melengkapkan borang permohonan seperti di Lampiran A. Borang ini diisi sekali sahaja bagi setiap kehamilan isteri pegawai dan dikemukakan seminggu sebelum kemudahan ini hendak digunakan bagi melicinkan urusan pentadbiran pejabat.

Apa Pendapat Anda?

Adakah waktu bekerja fleksi ini memudahkan urusan anda?

Atau anda mempunyai cadangan yang lebih bernas untuk dilaksanakan di sektor kerajaan?

  • 635
    Shares

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.