Advertisements

Senarai Tadika Swasta Dan Yuran Bagi Tahun 2024

BERIKUT ADALAH SENARAI TADIKA SWASTA DAN YURAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2024

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia tiga tahun dan ke atas, pastinya anda sedang mencari tadika atau pusat pendidikan awal kanak-kanak yang boleh membantu dalam mendidik anak-anak anda.

Berikut kami senaraikan tadika swasta dan yuran tahunan mereka sebagai rujukan anda dalam membuat pilihan yang tepat demi masa depan anak-anak anda.

Tadika Swasta & Yuran Terkini (2024)

Tadika ialah sekolah peringkat awal bagi memberikan pendedahan kepada kanak-kanak berusia seawal 4 hingga 6 tahun tentang suasana persekolahan. Tadika ini amat penting bagi perkembangan seorang kanak-kanak.

Tadika ini penting sebagai persediaan awal kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran bersama kanak-kanak lain dan hidup berdikari. Melalui pendidikan di tadika ini mereka akan diajar untuk melakukan perkara tersebut:

  • Membaca
  • Mengeja
  • Mengira

Tadika ini diuruskan pelbagai agensi ada yang merupakan milik kerajaan,, swasta atau badan politik. Tadika swasta ialah sebuah tadika milik persendirian yang mempunyai silibus mereka tersendiri.

Sebagai persediaan bagi anak-anak anda ke sekolah tadika anda boleh membeli Buku kanak-kanak Buku Tadika ini buat mereka.

Senarai Tadika Swasta Di Malaysia

Bagi ibu bapa yang masih tidak tahu tadika apa yang ingin mereka pilih buat anak-anak mereka berikut merupakan antara tadika yang menjadi pilihan ibubapa lain di Malaysia:

Tadika Little Caliph

The Little Caliph fokus kepada teras perkembangan kanak-kanak menerusi konsep S.P.I.E.S iaitu :

  • Spiritual
  • Physical
  • Intellectual
  • Socio-Emotionnal

Antara pendekatan khusus yang diambil adalah :

  • Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran.
  • Nisbah guru dan pelajar yang rendah.
  • Memantau perkembangan murid-murid berdasarkan kebolehan peribadi berbanding usia.
  • Menggalakkan perkembangan anak-anak menerusi kerjasama ibu bapa dan tenaga pengajar.
  • Perkembangan serta pembelajaran kokurikulum yang berterusan.
Tadika Swasta

Tadika CIC

CIC mempunyai 70 cawangan semuanya dan lebih 4000 pelajar di seluruh negara.

Menerima kemasukan pelajar 3+ tahun hingga 6 tahun. Juga ada menyediakan sekolah untuk anak-anak berumur 7 hingga 12 tahun.

Smart Readers Kids

Smart Reader Kids merupakan salah satu tadika swasta yang menawarkan tiga program pendidikan iaitu Smart Reader Kids, Smart Reader Kids Mandarin dan Smart Reader Kids Islamic.

Ramai ibu bapa yang memilih program pendidikan Smart Reader Kids Islamic kerana ia memberi pendedahan yang baik kepada anak-anak dalam pendidikan Al-Quran, Jawi, Bahasa Arab, ibadah, English, Matematik, Seni dan Kraf, membaca dan sebagainya.

Tadika Swasta

Tadika Little Einstein

Kurikulum yang ditawarkan Tadika Little Einsteins adalah memfokuskan prinsip pendidikan awal kanak-kanak seperti pembelajaran melalui permainan, penerokaan, dan aktiviti hands-on. Mereka digalakkan untuk bertanya dan berfikir secara kreatif.

Tadika Little Einsteins menawarkan pelbagai program untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun. Ia juga menawarkan kelas penjagaan dan tuisyen selepas sekolah.

Genius Aulad

Genius Aulad menawarkan pendidikan awal kanak-kanak bagi mencambah rasa ingin tahu di samping meningkatkan kualiti pergaulan dengan guru, rakan dan orang sekeliling.

Pelan Pelajaran ILOVE yang diperkenalkan oleh Tadika Genius Aulad dikemaskini setiap tahun bagi melatih anak-anak untuk mencapai prestasi cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.

tadika swasta

Keedsflix

Keedsflix merupakan pusat pendidikan yang diasaskan bersama dengan angkasawan Negara Sheikh Muszaphar Shukor yang menawarkan “Preschool” dan “Playschool” bagi kanak-kanak seawal usia 2 bulan.

Pendidikan berkualiti diberikan secara interaktif yang digunakan dalam membangunkan anak-anak dalam segi sosial, emosi dan akademik. Pendekatan holistik digunakan dan dalam masa yang sama membawa aspek pendekatan “Islamic Quranic Technology”.

Tadika PASTI

Tadika PASTI merupakan sebuah tadika swasta milik salah satu parti politik Malaysia iaitu parti PAS. Tadika ini menawarkan pendidikan yang menekankan nilai-nilai Islam dan kurikulumnya merangkumi pengajian agama, bahasa Arab, dan amalan Islam.

Yuran tadika pasti ini merupakan yuran paling murah di antara tadika-tadika swasta yang dinyatakan sebelum-sebelum ini dan yuran ini meliputi kos tuisyen, bahan pembelajaran, aktiviti, dan sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

PASTI

Harga Yuran Tadika Swasta 2024

Berapa harga yuran tadika swasta bagi tahun 2024?

Berbeza dengan tadika kerajaan dan badan politik, yuran tadika swasta sedikit mahal kerana selalunya di tadika jenis ini terdapat program-program tambahan yang tidak hanya mengajar tiga perkara asas yang disebutkan sebelum ini.

Berikut merupakan senarai harga yuran tadika swasta bagi tahunan dan bulanan untuk separuh hari (half-day):

Bil.Tadika SwastaYuran TahunanYuran Bulanan
1.Little CaliphsRM2700RM350
2.Genius AuladRM1650RM320
3.KeedsflixRM1340RM290
4.Tadika CICRM1850RM320
5.Tadika PastiRM284RM90
6.Tadika Little EinsteinsRM4800RM400
7.Smart ReaderRM2742RM330

Baca juga: PSRA 2023: Skop, Format Pemarkahan & Jadual Peperiksaan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.