Advertisements

Permohonan Baik Pulih Rumah Di Bandar Kulai 2023

Majlis Perbandaran Kulai telah membuka permohonan Baik Pulih Rumah Di Bandar bagi tahun 2023.

Inisiatif ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah atau B40 untuk membaik pulih rumah sama ada rumah tersebut rosak akibat faktor usia atau bencana.

Orang ramai yang berminat untuk memohon inisiatif ini boleh berbuat demikian sehingga 16 Januari 2023.

Jenis Rumah

Jenis rumah yang layak untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Rumah Sesebuah
  • Rumah Berkembar
  • Teres (Landed Property sahaja)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon inisiatif ini adalah seperti berikut:

  1. Ketua Isi Rumah (KIR)/Ahli Isi Rumah (AIR) yang menetap di dalam kawasan operasi Majlis Perbandaran Kulai (kawasan bandar).
  2. Disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih sama ada miskin tegar/miskin/terkeluar (kumpulan B40 sahaja berpendapatan isi rumah RM4,580 ke bawah).
  3. Kerosakan rumah disebabkan faktor usia atau bencana tetapi masih ekonomik untuk dibaiki berdasarkan kadar bantuan yang ditetapkan oleh kementerian.
  4. Pembaikan melibatkan komponen-komponen asas rumah sahaja seperti bumbung, atap, siling, tangga, dapur, tandas, bilik air, pintu, dinding, lantai simen/kayu, tingkap, perpaipan, perparitan (perimeter drain/saluran keluar), pembentungan/kumbagan dan pendawaian elektrik serta tidak melibatkan struktur asas rumah.

Permohonan Yang Tidak Dipertimbangkan

Permohonan yang tidak dipertimbangkan adalah seperti berikut:

  1. Pembesaran atau pengubahsuaian bahagian dalam atau luar rumah sedia ada.
  2. KIR/AIR mendiami rumah setinggan.
  3. KIR/AIR mendiami rumah sewa.
  4. KIR/AIR telah menerima bantuan bina baru/baik pulih rumah sama ada dari KPKT atau mana-mana agensi kerajaan lain kecuali terlibat dalam musibah.
  5. Permohonan tidak disertakan dengan dokumen sokongan yang lengkap.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Majlis Perbandaran Kulai.

Borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap perlu dihantar ke alamat berikut:

Unit Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB),
Jabatan Pembangunan Masyarakat,
Majlis Perbandaran Kulai,
Jalan Pejabat Kerajaan,
81000 Kulai, Johor.

Dokuman Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan KIR/AIR
  2. Gambar penuh rumah dengan jelas (dari luar)
  3. Gambar kerosakan dengan jelas (sila nyatakan jenis kerosakan)

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai inisiatif Baik Pulih Rumah Di Bandar 2023 ini, sila hubungi 07-6631511.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.