Para pesawah di seluruh negara akan menerima Bantuan Khas Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) berjumlah RM250 seorang.
Pemberian bantuan khas ini diberikan selepas BERNAS bersetuju untuk menyalurkan RM10 juta pada tahun 2022 dan RM50 juta pada 2023 seperti yang diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Pemberian bantuan khas ini akan melibatkan seramai 20,598 orang pesawah di seluruh negara.
Pesawah akan menerima bantuan khas ini secara berperingkat bagi membantu meringankan beban hidup pesawah di dalam negara.
Jumlah Bantuan Khas
Jumlah bantuan khas yang akan diberikan adalah sebanyak RM250.00.
Proses Penyaluran
Proses penyaluran bantuan ini akan diberikan kepada pesawah di 3 buah negeri terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu, dan Pahang berjumlah RM10 juta.
Pesawah di ketiga-tiga negeri ini akan menerima bantuan selewat-lewatnya 16 Januari 2023.
Selepas itu, pesawah di negeri lain akan menerima bantuan ini yang merangkumi bantuan keseluruhan sebanyak RM50 juta.
Penyaluran Melalui MAFS
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dan agensi di bawahnya akan menyalurkan bantuan ini kepada semua pesawah yang berdaftar.
Ini bermakna, bantuan ini tidak memerlukan permohonan baharu daripada pewasah.
MAFS dan agensi di bawahnya kini sedang memuktamadkan senarai nama dan nombor akaun pesawah yang terlibat.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas BERNAS ini, sila layari laman web MAFS iaitu https://www.mafi.gov.my/