Advertisements

Pusing Selangor Dulu 2.0: Tebus Baucar Pelancongan RM100 Shopee

Advertisements

Orang ramai yang ingin melancong di Negeri Selangor kini boleh mendapatkan baucar pelancongan ‘Pusing Selangor Dulu 2.0’ bernilai RM100 menerusi pakej Kita Selangor 2.0.

Untuk makluman, kerajaan Negeri Selangor telah menawarkan 1,000 baucar pelancongan menerusi pakej Kita Selangor 2.0 dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Sebanyak 170 pakej pelancongan menarik ditawarkan dan tempoh sah baucar tersebut boleh digunakan sehingga 30 Jun 2022.

Oleh itu, orang ramai yang ingin mendapatkan baucar pelancongan ini boleh mendapatkannya melalui aplikasi Shopee.

Tempoh Tempahan & Penebusan

Orang ramai yang ingin mendapatkan baucar pelancongan ini boleh berbuat demikian mulai 22 Oktober hingga 31 Disember 2021.

Tempoh penebusan baucar ini adalah daripada 22 Oktober 2021 sehingga 30 Jun 2022.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi orang ramai yang ingin mendapatkan baucar pelancongan ‘Pusing Selangor Dulu 2.0’ adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Warganegara Malaysia dan memiliki Kad Pengenalan yang sah (MyKad),
  2. Berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2021.
  3.  Setiap pengguna Shopee terhad kepada 1 transaksi setiap baucar sepanjang Tempoh Kempen.
  4. Promosi terhad kepada sejumlah 10,000 penebusan baucar sepanjang Tempoh Kempen.
  5. Semua pembayaran harus dilakukan dengan fungsi ‘ShopeePay’ sahaja.
  6. Tiada baucar tunai atau kombinasi baucar penerimaan dari medium lain yang dibenarkan untuk setiap transaksi.
  7. Promosi akan dihentikan setelah jumlah baucar habis, atau pada masa Tempoh Kempen berakhir, mana yang lebih awal.
  8. Promosi ini baucar pelancongan ini tidak sah dengan baucar, diskaun potongan atau promosi lain.
  9. Promosi ini tidak boleh ditukar atau diganti dengan produk lain atau wang tunai.

Cara Membuat Penebusan

Untuk membuat penebusan baucar pelancongan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://selangor.travel/baucar-pelancongan-negeri-selangor/.
  2. Klik butang ‘Klik Link Shopee Di Sini.’
  3. Klik butang ‘Tebus’ di bahagian baucar yang disediakan.
  4. Log masuk dengan memasukkan email atau kata laluan (jika belum log mauk.’
  5. Pilih pakej pelancongan yang ditawarkan.
  6. Buat bayaran melalui ShopeePay.

Soalan Lazim

Apakah kempen baucar pelancongan ‘Pusing Selangor Dulu’ ini?

Kempen ini adalah tawaran kepada orang ramai yang layak boleh mendapatkan 1 baucar bernilai RM100 untuk tempahan berdasarkan pilihan Pakej Pelancongan di Selangor.

Berapa lamakah tempoh sah laku baucar yang diterima?

Baucar yang diterima adalah sah dari 22 Oktober 2021 hingga 31 Disember 2021. Baucar yang tidak digunakan akan tamat selepas 31 Disember 2021.

Bagaimanakah cara menggunakan baucar ini?

Bayaran untuk Pakej Pelancongan mesti dibayar menggunakan ShopeePay di aplikasi Shopee sahaja. Baucar yang diterima dapat digunakan secara automatik dalam transaksi yang memenuhi syarat.

Bolehkah saya menggunakan lebih dari satu (1) Baucar setiap transaksi?

Tidak. Hanya 1 baucar yang dapat digunakan dalam satu transaksi pada satu masa. Baucar juga tidak boleh digunakan untuk promosi lain di Shopee.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut pengenai baucar pelancongan ‘Pusing Selangor Dulu 2.0,’ sila layari laman web https://selangor.travel/baucar-pelancongan-negeri-selangor/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.