Advertisements

BKP RM500: Semakan Status Kelayakan Di bkp.hasil.gov.my

Advertisements

Terkini, kerajaan akan menyalurkan bantuan RM500 melalui insentif Bantuan Kehilangan Pendapatan atau BKP mulai hari ini 26 Oktober 2021.

Semakan BKP boleh dibuat secara online di portal bkp.hasil.gov.my

Ia akan diberikan secara one-off sebanyak RM500 kepada yang layak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Bantuan ini akan memberi manfaat kepada hampir 870,000
individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021.
Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak
RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga
Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber
pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) atau PERKESO dalam tahun 2021.

Semakan BKP Online

Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober
2021 melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

“Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang
disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan
Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih
mencabar ini,” ujar Perdana Menteri.

Bilakah pembayaran BKP 2021 akan dibuat?

Pembayaran BKP akan dibuat secara one-off bermula 26 Oktober.

Berapakah jumlah pembayaran BKP 2021?

RM500 secara one-off

Bagaimana untuk memohon?

Tiada permohonan dibuka. Ianya insentif yang dibayar secara automatik kepada yang layak berdasarkan data KWSP dan PERKESO.

Soalan Lazim

Apakah BKP atau Bantuan Kehilangan Pendapatan?

Ianya merupakan bantuan tunai yang disediakan oleh Kerajaan sebagai inisiatif bantuan yang akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan tanpa had umur.

Siapa yang layak terima bantuan ini?

Kategori penerima yang layak menerima BKP adalah berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Maklumat Lanjut Bantuan Kehilangan Pendapatan

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Kehilangan Pekerjaan ini, sila rujuk laman web https://www.mof.gov.my/ atau https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.