Advertisements

Daftar i-Invest: Skim Pelaburan Pencarum KWSP

Advertisements

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan satu lagi ciri tambahan bagi meningkatkan simpanan persaraan pencarum melalui pelaburan iaitu i-Invest.

i-Invest adalah Skim Pelaburan Ahli yang memberikan pilihan dan fleksibiliti kepada pencarum KWSP untuk mempelbagaikan portfolio dan meningkatkan simpanan persaraan mereka.

Melalui i-Invest, pencarum yang mempunyai simpanan secukupnya boleh memindahkan sebahagian dari dana dalam Akaun 1 untuk dilaburkan melalui Institusi-institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik, termasuk Syarikat Pengurusan Unit Amanah dan Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang.

Pelaburan yang dilaksanakan melalui i-Invest dalam i-Akaun (Ahli) tidak akan dikenakan sebarang caj jualan oleh IPD, manakala pelaburan yang dilaksanakan melalui ejen akan dikenakan caj  yang dikurangkan dari sehingga 3% kepada sehingga 1.5% sahaja oleh IPD.

Syarat Kelayakan

Individu yang ingin melabur melalui i-Invest perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:

  1. Pencarum merupakan warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (PR) atau Bukan Warganegara (berdaftar sebagai ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998).
  2. Berumur 55 tahun ke bawah.
  3. Pencarum empunyai simpanan KWSP yang secukupnya.
  4. Permohonan melalui hanya melalui kaunter/agen IPD atau i-Akaun (Ahli).

Contoh Pengiraan Kelayakan

Kelayakan minimum bagi melabur mestilah RM1,000 sehingga RM1,800 maksimum setelah jumlah simpanan akaun 1 ditolak dengan simpanan asas baharu dan didarabkan dengan 30% pelaburan.

Contoh pengiraan kelayakan adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

IPD Yang Dilantik

Pelaburan boleh dilakukan melalui IPD yang dilantik oleh KWSP iaitu:

  • Affin Hwang Asset Management Berhad
  • Amanah Saham Nasional Berhad
  • Amanah Saham Sarawak
  • Amara Investment Management Sdn Bhd
  • AmFunds Management Bhd
  • Apex Investment Services Bhd
  • Principal Asset Management Bhd
  • Eastspring Investments Bhd
  • Hong Leong Asset Management Bhd
  • KAF Investment Funds Bhd
  • Kenanga Investors Bhd
  • Manulife Investment Management (M) Berhad
  • MIDF Amanah Asset Management Bhd
  • BOS Wealth Management Malaysia Berhad
  • Pheim Unit Trusts Bhd
  • Phillip Capital Management Sdn Bhd
  • PMB Investment Bhd
  • Public Mutual Bhd
  • RHB Asset Management Sdn Bhd
  • TA Investment Management Bhd
  • RHB Islamic International Asset Management Berhad

Cara Untuk Melabur

Untuk membuat pelaburan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk ke KWSP i-Akaun melalui pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  2. Klik ‘Pelaburan’ pada bar menu.
  3. Di bahagian ‘Beli,’ klik IPD yang diinginkan.
  4. Sahkan transaksi untuk melengkapkan pelaburan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai i-Invest, sila hantar pertanyaan melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.