Pelajar yang sedang mengikuti pengajian Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D) bagi bidang pengajian yang terpilih, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka permohonan bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2022.
BYDPA ditawarkan kepada pelajar cemerlang yang sedang mengikuti pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang terpilih dan universiti yang ditentukan oleh pihak JPA.
Untuk pemohon yang berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian mulai 19 Januari 2022 (Rabu) dan borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pemohon serta dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA bersama-sama dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan sebelum atau pada 22 Februari 2022 (Selasa).
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang layak untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Sains dan Teknologi
- Ekonomi
- Undang-undang
- Kewangan Islam
IPT Layak Memohon
Senarai IPT yang layak memohon boleh dirujuk melalui pautan di bawah:
- IPT Dalam Negara: https://pocketdatav2.jpa.gov.my/public/pdf/cab7a5886dce8c75a569eac71b3ea8e0/LAMPIRAN%20B.pdf.
- IPT Luar Negara: https://pocketdatav2.jpa.gov.my/public/pdf/0d30677b3c743bfea8e87816e9a875ec/LAMPIRAN%20C.pdf.
Syarat Umum
Syarat umum permohonan bagi memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2022.
Syarat Khusus
Syarat khusus permohonan pula adalah seperti berikut:
- Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang di peringkat pengajian:
– Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Sarjana; atau
– Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Ph.D. - Telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.
- Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.
- Terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, rekacipta seni atau teknologi dan sebagainya iaitu:
– Calon Sarjana: Penglibatan calon secara aktif adalah satu kelebihan; atau
– Calon Ph.D: Penglibatan calon adalah wajib.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan BYDPA, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Buat permohonan secara atas talian melalui pautan berikut http://esilav2.jpa.gov.my.
- Selepas selesai membuat permohonan, muat turun borang permohonan.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang perlu dihantar bersama-sama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan).
- Salinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan–bagi permohonan peringkat Ph.D).
- Surat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) daripada universiti/institusi pengajian atau slip/pengesahan pendaftaran semester pertama pengajian.
- Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian/pengesahan penglibatan dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif yang disahkan oleh pegawai berkelayakan untuk calon Sarjana (sekiranya ada) tetapi wajib untuk calon Ph.D.
- Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian/pengesahan penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum/aktiviti kemasyarakatan yang disahkan oleh pegawai berkelayakan (sekiranya ada).
- Kertas cadangan penyelidikan (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara.
- Borang JPA(L)LDP1A/96 yang telah dilengkapkan dan ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan – dokumen ini hanyalah untuk pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja. Di samping itu, ruangan perakuan Ketua Jabatan di dalam borang permohonan juga perlu dilengkapkan oleh pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai BYDPA, sila hubungi hubungi talian 03–8885 3879/3569/3438/3371/3571 atau menghantar email ke [email protected].