Advertisements

Cara Kemaskini MySejahtera: Laporkan Ujian Kendiri Jika Positif Covid-19

Advertisements

Semakin hari semakin banyak kes positif dan Covid 19 mula melangkah ke fasa endamik.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan bahawa tiada lagi pemakian gelang pink atau Surat kuarantin bagi individu yang positif dan semuanya akan dijana melalui aplikasi MySejahtera.

Jadi individu yang positif digalakkan untuk melaporkan keputusan ujian Covid-19 secara kendiri ke dalam aplikasi MySejahtera.

Namun semua individu hendaklah bertanggungjawab untuk melaporkan keputusan sebenar dan tidak melakukan pemalsuan bagi mencegah implikasi jangkitan kepada orang lain.

Berikut dikongsikan cara kemaskini Mysejahtera untuk melaporkan status terkini ujian kendiri Covid-19.

Baca juga: Cara Laporkan Ujian Kendiri Covid-19 Untuk Tanggungan Di MySejahtera

Gejala Covid-19 Yang Di Alami

Berikut adalah antara gejala Covid-19 yang akan di alami individu yang terkena jangkitan wabak berjangkit ini:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Sakit kerongkong.
  2. Demam.
  3. Cirit-birit.
  4. Sesak nafas.
  5. Sakit kepala.
  6. Kehilangan deria hidu.
  7. Hidung tersumbat.
  8. Kesejukan.
  9. Batuk.
  10. Sakit otot.

Cara Laporkan Ujian Kendiri Jika Positif/Negatif Covid-19

Dibawah adalah adalah cara-cara untuk melaporkan keputusan ujian kendiri Covid-19 anda sama ada positif atau negatif melalui aplikasi MySejahtera:

  • Buka aplikasi MySejahtera dan pilih Lapor Kendiri COVID-19
  • Pilih Kemaskini Keputusan Positif COVID-19
  • Pilih Kemaskini untuk nama
  • Tekan MULA
  • Jawab semua soalan dengan tepat
  • Muat naik keputusan di soalan 4
  • Setelah selesai mengisi semua jawapan, tekan HANTAR
  • Tekan OK jika pasti
  • Tekan MUAT SEMULA untuk lihat Home Surveillance Order (HSO) yang akan diberikan dalam tempoh 12 jam jika anda melaporkan keputusan positif
  • Bagi arahan HSO – semak polisi kuarantin terkini di www.moh.gov.my

Rujuk infografik dibawah:

Tempoh Kuarantin Di Kediaman Bagi Positif Covid-19

Berikut merupakan tempoh kuarantin terkini bagi individu yang disahkan kes positif COVID-19:

  • 7 hari – yang telah menerima vaksinasi lengkap dan tidak bergejala
  • 10 hari – yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinasi dan bergejala

Semak Status Kesihatan Di Mysejahtera

KATEGORIBUTIRANNYA
Low Risk StatusIni bermaksud anda status risiko rendah untuk terdedah kepada covid 19
Apa Maksud Casual ContactAnda mungkin ada potensi rapat untuk mendapat covid 19 dari individu lain yang sudah positif covid 19
Apa maksud Close Contact / Kontak RapatAnda ada potensi tinggi untuk mendapat covid 19 disebabkan kerana anda tinggal / melancong / mengembara / bekerja / keluar bersama dengan yang sudah positif covid 19,
Person Under Surveillance (PUS)Anda ada risiko tinggi untuk mendapat covid 19 termasuk baru balik dari keluar negara
Kes suspekAnda ada risiko tinggi untuk mendapaat covid 19 termasuk baru balik dari keluar negara
Confirmed CaseAnda telah sah positif covid 19

Marilah sama-sama kita amalkan SOP yang di tetapkan oleh kerajaan bagi membendung virus COVID 19 daripada terus mengganas.

Baca juga: KKM Lulus Vaksin Convidecia CanSino Sebagai Dos Penggalak

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.