Advertisements

MyUBAT KKM: Aplikasi Pengambilan Ubat Melalui Temu Janji/Pos

Advertisements

Orang ramai kini boleh mengambil ubat-ubatan melalui temu janji di farmasi atau penghantaran pos melalui aplikasi MyUBAT yang diwujudkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Aplikasi MyUBAT adalah aplikasi yang dibangunkan bagi membolehkan pesakit di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM memantau bekalan dan penggunaan ubat-ubatan dengan menggunakan telefon pintar.

Melalui penggunaan aplikasi sistem ini juga, ia memudahkan anggota di fasiliti farmasi menguruskan proses pendaftaran dan penyediaan ubat-ubatan susulan di kaunter farmasi dengan lebih sistematik.

Aplikasi ini ditadbir oleh Program Perkhidmatan Farmasi, KKM dan kerajaan memberi jaminan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Perkhidmatan MyUBAT

Setakat ini, aplikasi MyUBAT menawarkan dua pilihan perkhidmatan iaitu:

  • Nilai Tambah Farmasi (VAS)-Pengambilan ubat susulan melalui temujanji.
  • Ubat Melalui Pos (UMP)- Penghantaran ubat melalui pos.

Fasiliti KKM Yang Ditawarkan

Semua fasiliti KKM di seluruh negara menarwarkan perkhidmatan pengambilan ubat menerusi janji temu dan penghantaran pos menerusi aplikasi MyUBAT kecuali:

  • Hospital pengajar (UM, UKM, USM, UiTM, UPM)
  • Hospital Angkatan Tentera
  • Institut Jantung Negara (IJN)

Semakan fasiliti yang terlibat dalam perkhidmatan tersebut menerusi aplikasi MyUBAT boleh dilihat melalui pautan https://www.pharmacy.gov.my/myubat.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Ubat Yang Boleh Dihantar Melalui Pos

Terdapat dua jenis ubat yang boleh dihantar melalui pos iaitu:

  • Ubat tablet
  • Ubat Kapsul

Namun, terdapat ubat yang tidak boleh dihantar melalui pos dan perlu diambil di kaunter farmasi iaitu:

  • Ubat simpanan peti sejuk
  • Ubat cecair
  • Ubat psikotropik

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar dan menggunakan aplikasi MyUBAT, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi MyUBAT melalui Google Play, App Store atau Huawei AppGallery.
  2. Klik butang ‘Log Masuk Kali Pertama.’
  3. Lengkapkan profil diri dan klik butang ‘Masuk.’
  4. Pilih perkhidmatan yang diingini sama ada melalui temu janji di farmasi atau penghantaran pos.
  5. Bagi temu janji di farmasi, pengguna akan menerima tarikh temu janji.
  6. Bagi penghantaran ubat melalui pos, status penghantaran dan tracking number akan diberikan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai apliasi MyUBAT, sila hantar email ke alamat [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.