Advertisements

Program Transformasi Destini Asnaf Zakat MAIPs: Latihan Pertanian Asnaf

Para asnaf di negeri Perlis yang ingin menceburi bidang pertanian, Akademi Transformasi Asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Sdn. Bhd. telah membuka permohonan kepada para asnaf untuk menyertai Program Transformasi Destini Asnaf Zakat MAIPs.

Untuk makluman, Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn. Bhd. merupakan subsidari MAIPs yang mana antara tujuan penubuhannya adalah untuk melahirkan modal insan asnaf yang seimbang dari segi sahsiah, pendidikan dan kemahiran dan meningkatkan dan melestarikan keupayaan ekonomi asnaf.

Salah satu program yang dijalankan oleh Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn. Bhd. ialah Program Transformasi Destini Asnaf Zakat MAIPs yang mana program ini adalah program latihan pertanian yang khusus ditawarkan kepada golongan asnaf di negeri Perlis.

Bagi para asnaf yang berminat, mereka boleh membuat permohonan segera sebelum 27 September 2021 dan tempat adalah terhad.

Mengenai Program

Program Transformasi Destini Asnaf Zakat MAIPs merupakan program bagi melatih para asnaf di negeri Perlis dalam bidang pertanian.

Latihan bidang pertanian yang ditawarkan kepada para asnaf adalah dalam bidang agrikultur dan aquakultur.

Keistimewaan Program

Terdapat beberapa keistimewaan program yang bakal dinikmati oleh para asnaf yang menyertai program ini iaitu:

  • Elaun disediakan.
  • Tajaan penuh kepada asnaf yang layak disediakan.
  • Penempatan yang bekeluarga juga disediakan.
  • Para asnaf yang berkelayakan juga akan menerima bantuan selepas program tamat.

Tempoh Program

Tempoh para asnaf yang akan menjalani program Transformasi Destini Asnaf Zakat MAIPs ini adalah selama 2 tahun.

Syarat Kelayakan

Para asnaf yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:

  • Pemohon mestilah bermastautin di Perlis.
  • Pemohon mestilah berumur 25 hingga 40 tahun.
  • Pemohon mestilah bekeluarga.
  • Pemohon tergolong dalam golongan asnaf.
  • Pemohon bebas ketum dan bahan terlarang.
  • Pemohon boleh membaca, mengira, dan menulis.
  • Pemohon mestilah sihat tubuh badan dan boleh menjalani latihan amali.
  • Pemohon mempunyai niat dan azam yang tinggi untuk melaksanakan transformasi dalam kehidupan diri dan keluarga.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Dapat borang permohonan di Pondok Pengawal Pejabat MAIPs.
  2. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Pastikan semua maklumat telah diisi.
  4. Hantar semula borang permohonan tersebut ke pejabat MAIPs.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn. Bhd. di alamat:

Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn. Bhd.
D/A Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
No. A2, Taman Pengkalan Asam, Jalan Tuanku Syed Putra
01000 Kangar, Perlis.

No telefon: 04-9794439
No telefon WhatsApp: 012-5834439

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.