Advertisements

Shopee eDuit: Kredit & Baucar RM100 Pengguna Baharu Shopee

Kepada mereka yang tidak pernah membeli barangan di aplikasi Shopee, anda berpeluang menerima ganjaran kredit dan baucar berjumlah RM100 bagi pengguna baharu yang menggunakan aplikasi ini.

Sila claim voucher anda di Shopee sekarang!

Menurut Ketua Pegawai Operasi Shopee, Terence Pang kempen khas eDuit ini dilancarkan bertujuan untuk membantu meringankan beban para pengguna dan memberi mereka akses yang lebih mudah untuk membeli barang keperluan harian ketika dalam masa yang mencabar ini.

Tambahan pula, usaha ini adalah sejajar dengan agenda digital Malaysia yang bertujuan mendorong digitalisasi dalam sektor peruncitan melalui e-dagang serta transaksi tanpa sentuh.

Oleh itu, mereka yang berminat untuk mendapatkan kredit dan baucar RM100 sempena kempen Shopee eDuit ini boleh memuat turun aplikasi Shopee dan mendaftar dengan segera.

Ganjaran Shopee eDuit

Perincian mengenai ganjaran kredit dan baucar RM100 kepada pengguna baharu adalah seperti berikut:

  • Kredit ShopeePay bernilai RM25 setelah pengguna berjaya mengaktifkan akaun premium ShopeePay. Kredit ini akan dikreditkan pada ShopeePay ewallet pada hari Rabu berikutnya (kredit akan tamat dalam tempoh selepas 7 hari dikreditkan).
  • 11 Baucar ShopeePay Offline bernilai RM60 akan dikreditkan ke ewallet pada hari Rabu berikutnya. Ganjaran ini merangkumi pulangan tunai yang menarik kepada para pengguna untuk pembelian di kedai-kedai luar talian yang mengambil bahagian (baucar akan tamat dalam tempoh 14 hari).
  • 1 Baucar Welcome Voucher berjumlah RM15 akan diberikan bagi membolehkan ia digunakan untuk pembelian pertama di Shopee.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi individu yang layak menerima ganjaran ini adalah seperti berikut:

  1. Individu tersebut mestilah warganegara Malaysia.
  2. Individu tersebut tidak pernah melakukan pembelian di Shopee.
  3. Akaun ShopeePay telah diaktifkan dan pengesahan kad pengenalan sudah dilakukan.

Cara Mendapatkan Ganjaran

Untuk mendapatkan ganjaran Shopee eDuit ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://shopee.com.my/m/shopee-eDuit.
  2. Klik butang ‘Sertai Sekarang.’
  3. Imbas kod QR untuk mengisi borang permohonan.
  4. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  5. Aktifkan ShopeePay.
  6. Is nama dan no kad pengenalan dengan lengkap.
  7. Tangkap gambar kad pengenalan.
  8. Hantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Shopee eDuit, sila layari laman web https://shopee.com.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.