Palang salinan kad pengenalan atau IC merupakan suatu perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan data yang di salin cetak tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
Untuk mengetahui bagaimana palang pada salinan IC dapat dilakukan membaca artikel ini sehingga kepenghujungnya.
Kenapa Perlu Palang IC ?
Seperti yang dijelaskan pada perenggan pertama, memalang IC merupakan perkara yang perlu dilakukan bagi mengelakkan salah guna data oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Selain itu, memalang salinan IC juga membantu dalam mengelakkan anda terjebak dengan hutang yang tidak pernah dibuat.
Anda juga boleh mengurangkan risiko daripada nama anda disenari hitam akibat penyalah gunaan data.
Cara Palang IC yang betul
Contoh cara palang kad pengenalan dengan betul telah diajarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara seperti di bawah :
- Palang dua (2) garisan lurus pada dokumen.
- Tulis tujuan atau atas urusan apa dokumen tersebut digunakan di antara dua garisan tersebut.
Tips Menjaga Kad Pengenalan (IC) Anda
Selain memastikan keselamatan data, anda juga perlu memastikan IC anda sentiasa berada dalam keadaan baik.
Hal ini kerana, IC merupakan alat pengecaman indentiti rakyat Malaysia, yang digunakan untuk pelbagai perkara.
Dibawah merupakan tujuh (7) tips cara penjagaan IC anda agar tidak mudah rosak:
- Elakkan daripada suhu yang terlampau tinggi.
- Elakkan daripada menjalankan aktiviti yang boleh merosakkan cip pada IC anda.
- Jangan gores, ketuk, tebuk, dan gunting IC.
- Elakkan daripada IC anda terkena air.
- Elakkan daripada terkena bahan kimia atau asid.
- Elakkan daripada melakukan kerosakkan ke atas permukaan kad pengenalan anda.
- Elakkan daripada risiko yang boleh menyebabkan ic anda bengkok, melengkong atau patah.
Maklumat Lanjut
Maklumat tambahan berkenaan kad pengenalan boleh didapatkan melalui Portal JPN.
Jika terdapat sebarang masalah melibatkan IC, anda boleh terus ke alamat dibawah:
Alamat: Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Atau anda boleh hubungi JPN melalui:
- Telefon: 03-8000 8000
- Emel : [email protected]