Sistem Kenaikan Pangkat Kementerian Pendidikan Malaysia atau ePangkat KPM, merupakan salah satu sistem yang memaklumkan berkenaan dengan pangkat setiap pekerja yang berada di bawah kementerian ini.
Perkara ini bermaksud ia melibatkan gred guru-guru, pengetua, dan staf-staf sokongan yang bekerja sama ada di sekolah atau di pejabat pendidikan dan jabatan-jabatan berkaitan seperti di PPD dan sebagainya.
Apa itu ePangkat KPM?
Sistem e-Pangkat KPM ini merupakan sebuah sistem yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2008 bagi mengatasi kelemahan sistem dalaman dan pengurusan kenaikan pangkat para pekerja di bawah jabatan kementerian tersebut.
Dengan sistem ini, semua maklumat dan informasi pekerja KPM seperti guru, staf peperiksaan, staf PPD dan lain-lain akan disimpan dalam sistem tersebut.
Hal ini seterusnya akan memudahkan pihak KPM dan individu berkait untuk menguruskan hal-hal berkaitan pertukaran pangkat.
Kaedah Pelaksanaan Kenaikan Pangkat
Kaedah Pelaksanaan bagi urusan kenaikan pangkat kakitangan KPM adalah seperti berikut:
- Urusan kenaikan pangkat dilakukan secara dalam talian melalui ePangkat KPM.
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) perlu mengisi borang Laporan Nilaian Prestasi Khas
- Borang tersebut perlu dikemukakan kepada ketuan jabatan.
- Ketua Jabatan akan melalukan LPNK.
- Ketua Jabatan akan pastikan maklumat perkhidmatan dan markah prestasi dikemaskini dalam sistem epangkat.
- Kemudian akan terdapat tempoh perakuan Pengetua/Guru besar/ Ketua Bahagian kepada JPN/Bahagian.
- Seterusnya tempoh perakuan JPN/Pengarah Bahagian/IAB/Ipag Kampus/Kolej Matrikulasi kepada BPSM dan KPM.
- Tempoh masa perakuan perlu ditepati bagi mengelakkan sebarang permohonan ditolak.
Cara Pendaftaran Pengguna Dalam Sistem ePangkat KPM
Dibawah merupakan panduan pendaftaran pengguna (Lampiran 1) kali pertama dalam sistem ePangkat ini:
Cara Semakan Keputusan ePangkat KPM
- Layari Portal Semakan Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat secara atas talian melalui pautan berikut https://naikpangkat.moe.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Klik semak.
Maklumat Penting Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat
Antara maklumat penting yang perlu diambil perhatian bagi pengguna ePangkat KPM yang ingin membuat semakan keputusan kenaikan pangkat adalah seperti berikut:
- Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara atas talian tidak melibatkan urusan pemangkuan
- Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dijalankan secara berperingkat bergantung pada tempoh perkhidmatan yang melayakkan serta perakuan daripada Ketua Jabatan.
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini
- Sebarang pertanyaan untuk tujuan semakan status kenaikan pangkat melalui emel, anda perlu mengisi maklumat seperti jadual 1 di bawah:
Jadual 1 : https://naikpangkat.moe.gov.my/Jadual1.pdf
- Untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah berjaya bagi sebarang urusan kenaikan pangkat, tuan/puan boleh menyemak Status surat penyiaran kenaikan pangkat dengan ketua jabatan/bahagian masing-masing selepas 30 hari bekerja dari tarikh muat naik data
Nota: Bagi calon-calon yang tiada dalam rekod, sila hubungi Ketua Jabatan / Bahagian masing-masing untuk tujuan semakan status.
Gari Panduan Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based
Untuk mengetahui berkenaan sistem Time-Based ini boleh rujuk pada Lampiran 2 di bawah:
Maklumat Tambahan
Dibawah merupakan maklumat tambahan berkenaan ePangkat KPM:
Nombor Untuk Dihubungi
Jika terdapat sebarang persoalan , anda bolehlah hubungi pengurusan ePangkat KPM di:
Alamat: Cawangan Naik Pangkat, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4, Blok E12 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA.
emel kepada [email protected] jika terdapat sebarang masalah teknikal, dengan tajuk yang jelas beserta maklumat lengkap anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, gred dan gelaran jawatan, tempat bertugas dan kod tempat bertugas untuk memudahkan kami membuat tindakan.
Bagi tujuan persoalan berkenaan perkhidmatan (status/surat penyiaran/keputusan), sila kemukakan ke [email protected].