e-SPBT atau Sistem Pengurusan Buku Teks Atas Talian merupakan satu sistem di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, yang diwujudkan bagi memudahkan urusan yang melibatkan buku teks.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan sistem ini, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa itu e-SPBT?
e-SPBT atau Sistem Pesanan Buku Teks adalah satu sistem yang dihasilkan bagi memesan buku untuk kegunaan pelajar pada tahun hadapan.
Sistem yang telah ditambahbaik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa iaitu secara atas talian dan capaian melalui internet telah diwujudkan bagi memudahkan urusan guru, sekolah, PPD, JPN dan Bahagian Buku Teks (BBT) selaku pentadbir dan urus setia sistem dalam menguruskan pesanan buku teks sekolah.
Cara Menggunakan e-SPBT
Sistem eSPBT ini telah boleh dicapai melalui pautan ini: https://espbt.moe.gov.my.
Dibawah merupakan kaedah dalam membuat pesanan buku teks menggunakan sistem e-SPBT ini:
- Pergi ke laman web rasmi Sistem Pesanan Buku Teks (Digalakkan menggunakan Chrome untuk mengakses laman web ini)
- Masukkan kod sekolah serta kata laluan yang telah ditetapkan untuk login ke sistem ini.
- Pastikan sebelum anda melakukan pesanan buku teks secara online (atas talian), anda muat turun borang unjuran enrolmen murid sekolah dan lengkapkan borang tersebut
- Setelah berjaya login, sila klik butang ‘PROFIL’ untuk melakukan kemaskini segala maklumat dengan info yang tepat dan terkini
- Kemudian, klik butang ‘PRA PESANAN’ di mana anda perlu download ‘Borang Maklumat Stok Buku’ untuk anda lengkapkan
- “Enrolmen” murid perlu dilakukan bagi mengesahkan murid yang mendapat buku teks
- Guru besar atau Pengetua Sekolah perlu login dengan ID pengguna dan kata laluan untuk mengesahkan segala butiran yang telah diisikan.
Untuk cara membuat pesanan buku teks yang lebih jelas menggunakan sistem e-SPBT ini boleh lihat di manual pengguna yang telah disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah:
Gambar dibawah merupakan infografik berkenaan Prosedur pesanan buku SPBT:
Panduan dan Maklumat Tambahan
Dibawah merupakan jadual senarai panduan dan borang yang telah disediakan oleh pihak KPM yang melibatkan e-SPBT bagi memudahkan urusan pihak berkait:
Pertanyaan dan Masalah
Jika terdapat sebarang persoalan atau masalah dalam mengakses E-SPBT ini, boleh diajukan kepada:
Alamat:
Bahagian Sumber Dan Teknologi Pendidikan (Bstp), Kementerian Pendidikan Malaysia (Kpm), Pesiaran Bukit Kiara, Bukit Damansara,50604 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Atau
Bahagian Pengurusan Maklumat (Bpm, Sais), Kementerian Pendidikan Malaysia (Kpm), Aras 3&4, Blok E11, Kompleks E, 62604, Putrajaya
No. Tel:
Abd Razak Bin Mohamad Yusof | 03-8884 4312 |
Maizura Binti Md Rejab | 03-8884 4352 |
Mohammad Zahid Bin Mohammad Sabri | 03-8884 4296 |
Mohd Hairi Bin Yusof | 03-8884 4470 |
Emel: