Advertisements

Cuti Umum 19 April: Cuti Tambahan Persekolahan Aidilfitri

Terkini, KPM baru sahaja mengumumkan cuti umum pada 19 April sebagai cuti tambahan persekolahan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Dalam kenyataan media, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, cuti itu bertujuan memberikan ruang kepada murid-murid dan para guru untuk membuat persiapan bagi negeri di kumpulan A dan B.

“KPM umumkan bahawa pada 19 April isytihar cuti khas untuk semua warga KPM. Jadi 19 April tidak akan ada sesi persekolahan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Forum Integriti di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon KPM memberikan cuti khas kepada guru pada 19 April ini, menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.