Advertisements

i-Perantau: Permohonan Bantuan Aidilfitri Perantau Terengganu

Anak perantau Terengganu yang berpendapatan rendah kini boleh mendapatkan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu menerusi i-Perantau.

Untuk makluman, pemberian bantuan ini telah diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar Majlis Berbuka Puasa Anak Terengganu Di Perantauan Bersama Kepimpinan Kerajaan Negeri di MAEPS pada 2 April yang lalu.

Menerusi bantuan ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan hampir RM1.5 juta bagi dana khas tersebut yang bakal memberi manfaat kepada 5,000 orang ketua isi rumah.

Selain i-Perantau, sebelum ini Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukkan bantuan dana raya, i-Fitri bernilai RM56 juta kepada 148,700 Ketua Isi Rumah yang layak di seluruh negeri ini.

Oleh itu, para perantau yang berminat untuk memohon i-Perantau boleh mula membuat permohonan bermula 6 April 2023 sehingga 20 April 2023 secara atas talian.

Syarat Permohonan i-Perantau

Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Rakyat Terengganu yang menetap di luar Terengganu (PERANTAU)
  • Pemohon atau pasangan merupakan PENGUNDI BERDAFTAR di Terengganu.
  • Permohonan di buat secara atas talian di laman i-Bantuan di pautan berikut https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/

Tarikh Bayaran

Tarikh bagi bayaran pertama untuk bantuan i-perantau ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Cara Memohon i-Perantau

Permohonan untuk bantuan ini boleh dilakukan dengan memohon melalui laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/.

  1. Sistem i-bantuan digunakan untuk permohonan Bantuan di bawah kerajaan Negeri Terengganu
  2. Sistem ini telah dihubungkan dengan Sistem Profil Rakyat Negeri Terengganu (PRT20) bagi kegunaan semakan maklumat pemohon
  3. Maklumat pemohon wajib ada di dalam PRT20 bagi melayakkan pemohon memohon melalui i-Bantuan.
  4. Pemohon wajib mendaftar sebagai pengguna i-Bantuan sebelum mereka membuat permohonan.
  5. Pendaftaran Pengguna ibantuan wajib menggunakan No Kad Pengenalan PEMOHON
  6. Borang Permohonan akan dicetak melalui sistem ini.

Nota: Di bawah ini disertakan sekali manual penggunaan sistem i-Bantuan sebagai panduan pengguna:

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai i-Perantau, sila layari laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/ atau menghubungi talian 011-51754924 atau 011-51754969.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.