Pada bulan lepas, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga merupakan Menteri Kewangan telah mengumumkan berkenaan pinjaman cagaran KWSP atau lebih dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).
Fasaliti sokongan akaun ini membenarkan mana-mana individu yang layak untuk melakukan pinjaman kepada bank dengan mencagarkan wang simpanan mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Malaysia.
Hal ini bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan, yang seterusnya dapat membantu dalam meringankan beban mereka, di samping menjamin wang masa hadapan mereka.
Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan pinjaman cagaran KWSP ini, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung artikel.
Apakah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP?
Fasiliti Sokongan Akaun 2 adalah satu kemudahan yang bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
Namun begitu, FSA2 ini hanya boleh dijalankan apabila ahli KWSP yang berkenaan telah mencapai Umur 50 Tahun atau 55 Tahun seperti yang termaktub dalam Akta KWSP 1991.
Pembiayaan peribadi ini akan ditadbir sepenuhnya oleh pihak bank, dan proses permohonan untuk pembiayaan peribadi melalui kemudahan ini, tertakluk kepada penilaian pembiayaan dan rangka kerja kredit mereka.
Jika anda berminat, permohonan pembiayaan peribadi ini boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian, namun anda perlu membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP, bagi memastikan terma dan syarat pembiayaan dipenuhi.
Setelah permohonan diluluskan, ahli boleh mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan dengan
Jumlah pembiayaan maksimum bagi permohonan pembiayaan peribadi FSA2 ini adalah sebanyak RM50,000 dengan tempoh pembiayaan selama 10 Tahun.
Pinjaman cagaran KWSP ini ditawarkan dengan kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) adalah antara 4% – 5%, iaitu lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa iaitu 8% – 15%.
Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini akan dilaksanakan dalam dua fasa, dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Cara Permohonan FSA2 KWSP
Permohonan boleh dilakukan bermula 7 April 2023, tertakluk kepada ketersediaan institusi perbankan yang mengambil bahagian, dibawah merupakan cara permohonan FSA2 ini:
*Nota: Bagi memastikan kelancaran urusan permohonan pembiayaan awal ini, pastikan anda telah melakukan 3 perkara di bawah:
- Melakukan semakan kelayakan awal melalui akaun 2 KWSP
- Membuat permohonan melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun di Self Service Termina di Cawangan KWSP atau kiosk berdekatan anda bagi menerima TAC code untuk semakan kelayakan.*
*Nota: Semakan kelayakan sudah boleh dibuat melalui portal FSA2 di pautan https://fsa2.kwsp.gov.my/ bermula 5 April 2023.
Syarat Permohonan FSA2 KWSP
- Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
- Warganegara Malaysia
- Permohonan adalah sekali sahaja
- Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
- Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP
- Permohonan dibuka dalam tempoh setahun bermula daripada tempoh pelaksanaan
- Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan)
- Amaun pengeluaran akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran antara usia 50-55 tahun, mengikut pilihan umur pengeluaran ahli
- Memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang dimohon
Nota: Ahli hendaklah menjalani Penilaian Kesedaran Kewangan dengan institusi perbankan sebelum membuat keputusan untuk mengambil pembiayaan peribadi.
Dan dalam tempoh pembiayaan tersebut, ahli boleh mendapatkan perundingan lanjut melalui perkhidmatan Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP, AKPK atau perunding kewangan bank, jika perlu.
Kesan Kepada Ahli Yang Melakukan Permohonan Pengeluaran Bersyarat KWSP 2023
Setelah permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun diluluskan oleh KWSP, maka:
- Amaun pengeluaran tersebut berserta dividen terkumpul akan dibayar ke akaun ahli di institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran di antara umur 50 tahun hingga umur 55 tahun; dan
- Ahli boleh membuat pengeluaran pra-persaraan lain tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 selepas ditolak amaun Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.
Maklumat Lanjut
Jika anda ingin mendapatkan maklumat tambahan berkaitan FSA2 atau terdapat sebarang persoalan, anda boleh mencari maklumat atau mengajukan soalan tersebut melalui saluran-saluran berikut:
- Laman rasmi FSA2; ATAU
- Laman web rasmi KWSP; ATAU
- Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000; ATAU
- Cawangan KWSP yang berhampiran.
Baca juga: