Advertisements

Doa Hari Arafah / Wuquf – Contoh Doa Ketika Waktu Mustajab

Doa-doa yang diamalkan pada hari arafah merupakan doa yang paling mustajab.

Hari arafah yang merupakan hari yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia, terutamanya bagi umat Islam yang sedang menjalankan ibadat Haji ini mempuntai keberkatan yang sangat tinggi di dalamnya.

Pada hari yang mulia ini, Nabi Muhammad S.A.W telah menyatakan bahawa doa-doa yang diminta pada waktu ini merupakan doa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan.

Cadangan Doa-Doa Yang Boleh Diamalkan

Pada hari Arafah nanti perbanyakkanlah doa kita, kerana seperti yang dinyatakan sebelum ini, pada hari tersebut, doa kita berada pada tahap paling dekat untuk dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Berikut merupakan antara cadangan doa yang telah dikongsikan oleh Sahabat Pencinta Al-Quran, yang boleh anda amalkan sewaktu hari Arafah nanti:

  1. Ya Allah, kurniakan padaku kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
  2. Ya Allah, masukkan aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
  3. Ya Allah, kurniakan padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah SAW.
  4. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah SAW, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
  5. Ya Allah, selamatkan rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
  6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.
  7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
  8. Ya Allah, terima amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkan aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
  9. Ya Allah, apabila aku mati, biarkan jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
  10. Ya Allah, kurniakan kepadaku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.
  11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.
  12. Ya Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Jangan singgahkan keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.
  13. Ya Allah, tingkatkan kecintaanku untukMu dan NabiMu.
  14. Ya Allah, ampuni aku dan tingkatkan kurnian rahmat dan rezekiMu.
  15. Ya Allah, beri aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanMu.
  16. Ya Allah Ya Rabb, sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
  17. Wahai Penciptaku dan Tuhanku, jangan Kau biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
  18. Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan aku dari kalangan orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.
  19. Ya Allah, selamatkan aku dari fitnah Dajjal.
  20. Ya Allah, selamatkan aku dari azab kubur dan azab api neraka.
  21. Ya Allah, tingkatkan usahaku dalam kerja-kerja sadaqatul jariah.
  22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
  23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkan bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
  24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.
  25. Ya Allah, tingkatkan kesyukuranku semata-mata kepadaMu.
  26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
  27. Ya Allah, izinkan aku dan suamiku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.
  28. Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
  29. Ya Allah, ampuni dan berikan rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
  30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
  31. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
  32. Ya Allah, ampunkan segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan ampunkan segala dosa seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Diharapkan daripada doa yang diamalkan ini nanti sebahagian daripadanya dapat dimakbulkan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal’ Alamin.

Anda juga boleh melawat laman Twitter Fakhri Fadzli yang telah menyenaraikan dan berkongsi doa-doa yang boleh anda amalkan pada hari Arafah ini atau anda boleh membaca doa yang terdapat dalam dokumen dibawah:

Zikir Hari Arafah

Selain doa-doa diatas anda juga boleh mengamalkan zikir dibawah sewaktu hari Arafah bagi mendapatkan kebaikan dan manfaatnya:

DOA-DOA

Lihat Juga: Hari Raya Haji 2023: Tarikh Perayaan & Tarikh Cuti Sekolah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.