Advertisements

Puasa Arafah 2023 – Tarikh, Niat & Kelebihan Puasa Sunat Arafah

Puasa Arafah merupakan salah satu amalan yang sangat-sangat digalakkan dalam kalangan umat Islam sewaktu Hari Arafah.

Hal ini demikian kerana, berpuasa pada Hari Arafah adalah sunat bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji.

Ia adalah peluang keemasan bagi membersihkan diri daripada dosa yang telah dilakukan kerana ganjaran puasa pada hari tersebut mampu menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.

Daripada Abi Qatadah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda apabila ditanya mengenai puasa pada Hari Arafah:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

“Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. 

[Riwayat Muslim (1977)]

Kelebihan Puasa Arafah

Antara kelebihan puasa Arafah adalah:

  1. Puasa Arafah adalah satu jalan / ruang yang diberikan oleh Allah SWT supaya umat Islam memperoleh pengampunan yang besar.
  2. Peluang bagi mereka yang tidak berkesempatan melakukan ibadat haji supaya mereka merebut fadilat yang dijanjikan pada hari Arafah.
  3. Hari 9 Zulhijjah termasuk dalam 10 hari terawal bulan Zulhijjah. Sepanjang tempoh ini, segala amalan kebaikan yang dikerjakan akan diberi ganjaran yang lebih besar berbanding apabila dilakukan pada bulan-bulan yang lain.

Niat Puasa Arafah

Bagi anda yang berniat untuk berpuasa pada hari tersebut, di bawah merupakan lafaz niat puasa sunat Hari Arafah buat anda:

Sumber: pejabatmuftiwp

Tarikh Puasa

Puasa yang digalakkan di bulan Zulhijjah ini ada tiga jenis selain puasa arafah, berikut merupakan jenis puasa dan tarikh anda boleh lakukan puasa tersebut di bulan Zulhijjah nanti:

  1. Puasa Sunat Zulhijjah
    • 1 Zulhijjah: 20.06.2023 (Selasa)
    • 2 Zulhijjah: 21.06.2023 (Rabu)
    • 3 Zulhijjah: 22.06.2023 (Khamis)
    • 4 Zulhijjah: 23.06.2023 (Jumaat)
    • 5 Zulhijjah: 24.06.2023 (Sabtu)
    • 6 Zulhijjah: 25.06.2023 (Ahad)
    • 7 Zulhijjah: 26.06.2023 (Isnin)
  2. Puasa Hari Tarwiyah
    • Hari Tarwiyah ini mempunyai dua maksud menurut Imam Ibn Qudamah iaitu hari di mana para jemaah haji mempersiapkan bekalan air sebelum menuju ke Arafah dan yang kedua adalah hari di mana Nabi Ibrahim AS mendapat wahyu daripada Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.
    • Puasa hari Tarwiyah merupakan puasa yang dilakukan sehari sebelum puasa arafah iaitu pada 8 Zulhijjah (27.04.2023 [Selasa]).
  3. Puasa Arafah
    • Puasa ini jatuh pada 9 Zulhijjah iaitu bersamaan dengan 28.06.2023 (Rabu), sehari sebelum Aidiladha

Nota: Berikut merupakan niat bagi setiap jenis puasa di atas:

Kelebihan Puasa Arafah

Berikut merupakan kelebihan dan manfaat yang diperoleh jika anda berpuasa pada hari Arafah:

1. Mendapat Ganjaran Pahala

  • Kelebihan berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Dzulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”

2. Keampunan Dari Allah SWT

  • Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan bagi setiap umat Islam yang menjalankan puasa sunat Arafah dan salah satunya adalah keampunan atas dosa-dosa mereka.
  • “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis Riwayat Muslim).

3. Doa Yang Mustajab

  • Setiap umat Islam digalakkan untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT terutama pada Hari Arafah kerana waktu tersebut merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan.
kelebihan puasa arafah

10 Amalan Sunat Bulan Zulhijjah

Ternyata terdapat banyak kelebihan pada bulan Zulhijjah ini, sehingga Rasulullah S.A.W meletakkan 10 hari terawal Zulhijjah hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita.

Baginda melihatnya sebagai hari yang sangat dicintai oleh Allah. Oleh itu, pada hari tersebut kita boleh dan disarankan untuk melakukan amal soleh, selain puasa arafah untuk sebanyak yang mungkin.

Berikut merupakan contoh amalan sunat yang lain yang boleh dilakukan oleh anda pada bulan Zulhijjah yang akan datang :

Puasa Arafah
Sumber: pejabatmuftiwp

Baca Juga: Hari Arafah 2023: Tarikh dan Amalan Sunat Yang Digalakkan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.