Advertisements

Permohonan Perajurit Muda TLDM 2023: Tarikh dan Syarat Kelayakan

Permohonan bagi pengambilan awal Perajurit Muda (PtM) TLDM bagi siri 226/23 telah pun dibuka secara “Walk-in” bagi lepasan SPM (Lelaki) dan lepasan Diploma Kejuruteraan (Lelaki) bermula daripada 9 Jun 2023 sehingga 24 Jun 2023 ini.

Bagi yang berminat dan ingin mengetahui syarat kelayakan untuk menjalani temuduga secara Walk-in ini boleh terus membaca artikel ini sehingga ke penghujung bagi mendapatkan maklumat tambahan.

Dibawah ini merupakan poster hebahan berkenaan pengambilan awal PtM TLDM bagi siri 226/23:

Permohonan TLDM

Syarat-syarat Permohonan TLDM

Dibawah merupakan syarat-syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh calon yang ingin menjalani temuduga pengambilan awal PtM TLDM bagi siri 226/23 ini:

Syarat Umum Permohonan

  1. Warganegara Malaysia (Lelaki)
  2. Umur (18 – tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 11 Disember 2023)
  3. Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik / Universiti Awam / Swasta – Lelaki
  4. Lepasan SPM dan SVM – Lelaki
  5. Taraf perkahwinan – Bujang (tidak pernah berkahwin)
  6. Pemohon mestilah bebas daripada sebarang kes jenayah / dadah juvana

Kelayakan Akademik

Berikut merupakan syarat kelayakan akademik yang perlu dipenuhi oleh individu yang melakukan permohonan untuk menyertai PtM TLDM ini:

  1. SPM dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.
  2. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam:
    • Bahasa Inggeris;
    • Matematik;
    • Sains.
  3. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) – Kepujian dalam Bahasa Melayu.

Atau

  1. SPM dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.
  2. Pemohon perlu mengemukakan sijil Diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi
  3. Diploma yang diiktiraf oleh MQA dalam bidang berikut:
    • Diploma in Engineering
    • Diploma in Electrical Engineering
    • Diploma in Electronics Engineering
    • Diploma in Electrical and Electronic Engineering
    • Diploma in Marine Engineering
    • Diploma in Software Engineering
    • Diploma in Microelectronic Engineering
    • Diploma in Information Engineering
    • Diploma in Telecommunication Engineering
    • Diploma in Mechanical Engineering
    • Diploma in Mechatronic Engineering
    • Diploma in Manufacturing Engineering
    • Diploma in Engineering in Aircraft Maintenance
    • Advanced Diploma in Engineering

Taraf Kesihatan

Untuk menyertai permohonan bagi pengambilan awal Perajurit Muda (PtM) TLDM bagi siri 226/23 ini anda juga perlu memastikan anda berada dalam keadaan terbaik dan memenuhi taraf kesihatan yang telah disediakan oleh pihak TLDM:

  1. Sihat tubuh badan (Penglihatan dan pendengaran dalam keadaan baik tanpa sebarang alat bantuan)
  2. Mempunyai penglihatan yang jelas (Tanpa cermin mata/kanta lekap dan tidak rabun warna)
  3. Syarat minimum ukauran fizikal:
    • Tinggi (min) : 1.62m
    • Berat (min) : 47.5kg
    • BMI : 18.0 – 25.0
    • Beza ukuran dada pernafasan: 5cm

Langkah-Langkah Permohonan TLDM

  1. Pemohon perlu hadir ke lokasi mengikut tarikh yang ditetapkan serta berpakaian seperti berikut:
    • Waktu pendaftaran : 8:00 pagi sehingga 8:30 pagi
    • Waktu pemilihan : 8:30 pagi sehingga 5:00 petang
    • Pakaian Temuduga : Pakaian sukan dan berkasut sukan.
  2. Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen asal seperti berikut:
    • Kad Pengenalan (MYKAD) beserta 1 salinan fotostat
    • Sijil Kelahiran pemohon beserta 1 salinan fotostat
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan Sijil Diploma / Transkrip Diploma beserta 1 salinan fotostat
    • Salinan Kad Pengenalan (MYKAD) ibu dan bapa dan 1 salinan fotostat
    • Sijil kelahiran ibu dan bapa beserta 1 salinan fotostat
  3. Calon yang berjaya melepasi tapisan akan menerima Borang Permohonan Memasuki Perkhidmatan TLDM melalui emel.
  4. Pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan borang.
  5. Pemohon yang berjaya / gagal akan diberitahu melalui emel selepas tapisan pada bulan Julai 2023.

*Tarikh permohonan secara online akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sila layari laman web http://www.navy.mil.my untuk makluman terkini.

Semakan Keputusan TLDM

1. Pemohon boleh melayari laman sesawang http://www.navy.mil.my dan masuk ke pautan Perkhidmatan/Semakan Permohonan Perajurit Muda TLDM Siri 225/23 atau terus ke http://www.navy.mil.my/pengambilanllp/. Pemohon yang layak dikehendaki membuat persediaan sewajarnya dan hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

2. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan Sel Pengambilan TLDM di talian 019-2104163 pada waktu bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang atau Emel ke [email protected].

3. Keputusan yang dibuat oleh pihak TLDM adalah muktamad.

Lokasi Pemilihan Awal PtM

Untuk anda yang berminat untuk menyertai PtM TLDM, berikut merupakan lokasi bagi pemilihan awal yang boleh anda kunjungi untuk melakukan temuduga secara Walk-in:

Tarikh (Hari)NegeriPusat Pemilihan
9 Jun 2023 (Jumaat)KedahKolej Tentera Udara Alor Setar
11 Jun 2023 (Ahad) PerakRejimen 503 Askar Wataniah
9 Jun 2023 (Jumaat)KelantanMSS Desa Pahlawan, Kota Bharu
11 Jun 2023 (Ahad) Kuala Lumpur KD Sri Gombak
18 Jun 2023 (Ahad)SarawakPangkalan Udara Kuching
20 Jun 2023 (Selasa) SarawakRASCOM Sibu
22 Jun 2023 (Khamis) SabahKD Sri Kota Kinabalu
24 Jun 2023 (Sabtu)SabahKD Sri Sandakan

Maklumat Tambahan

Jika anda ingin mendapatkan sebarang maklumat tambahan berkenaan permohonan pengambilan awal PtM TLDM ini anda boleh pergi ke laman rasmi TLDM atau anda boleh  ke Laman Facebook mereka di Tentera Laut Diraja Malaysia.

Anda juga boleh berhubung terus dengan Sel Pengambilan TLDM pada waktu bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di:

Baca juga: e-Tunai Belia Rahmah : Syarat & Cara Pendaftaran

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.