Advertisements

e-Invois : Manfaat & Cara Pelaksanaan Invois Elektronik LHDN

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri, Datuk Mohd Nizom Sairi, bermula tahun 2024, Sistem invois elektronik atau e-invois LHDN akan dilaksanakan selaras dengan agenda pendigitalan kerajaan.

Melalui sistem invois elektronik ini pengesahan dan penyimpanan transaksi dapat dilaksanakan secara serta-merta atau hampir serta-merta bagi transaksi Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B), Perniagaan-ke-Pengguna (B2C) dan Perniagaan-ke-Kerajaan (B2G)

Bagi pembayar cukai atau pengguna Lembaga Hasil Dalam Negeri yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang invois elektronik ini pastikan anda bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

Apa itu e-Invois LHDN?

e-Invois merupakan representasi dalam bentuk digital bagi transaksi yang dilaksanakan antara penjual dan pembeli. Sistem e-Invois yang dihasilkan LHDN ini bakal menggantikan penggunaan dokumen kertas atau elektronik seperti dalam format pdf, jpeg, doc dan lain-lain.

Sistem invois elektronik LHDN ini mengandungi maklumat penting yang sama seperti dokumen tradisional, contohnya, butiran penjual dan pembeli, keterangan item, kuantiti, harga tanpa cukai, cukai dan jumlah keseluruhan, yang merekodkan data transaksi untuk operasi perniagaan harian

Pelaksanaan e-invois ini dilakukan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan operasi perniagaan dan mencegah ketirisan cukai. Dikatakan dengan adanya dasar ini audit cukai akan menjadi dengan lebih terus dan cekap.

Manfaat e-Invois

Pelaksanaan e-Invois akan meningkatkan kecekapan dan melancarkan operasi perniagaan pembayar cukai serta meningkatkan tahap pematuhan cukai. Manfaat e-Invois LHDN ini antaranya adalah:

  1. Proses penyediaan invois secara manual telah diringkaskan melalui penyediaan dokumen dan pengemukaan invois secara elektronik. Pengautomasian kemasukan data invois ini juga mengurangkan kesilapan dan proses manual oleh pembayar cukai.
  2. Memudahkan pengemukaan borang nyata melalui integrasi sistem yang lancar bagi tujuan pelaporan cukai yang efisien dan tepat.
  3. Bagi syarikat besar, pelaksanaan e-Invois dapat memperkemaskan operasi perniagaan, meningkatkan kecekapan serta menjimatkan masa dan kos melalui proses automasi, integrasi data yang lancar dan pengurusan invois yang lebih efisien;
  4. Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) juga dapat menyelaras digitalisasi proses kerja dan pelaporan kewangan mengikut piawaian industri serta memastikan PMKS dapat mengadaptasi pelaksanaan dalam tempoh jangka masa panjang serta mengatasi sebarang gangguan proses yang mungkin berlaku
e-invois LHDN

Cara Pelaksanaan e-Invois LHDN

Untuk memudahkan peralihan kepada e-Invois LHDN, pembayar cukai boleh memilih mekanisme yang paling sesuai untuk menghantar invois elektronik kepada LHDN, berdasarkan keperluan perniagaan mereka dan keadaan tertentu.

Terdapat dua (2) pilihan mekanisme penghantaran invois elektronik yang boleh dipilih oleh pembayar cukai:

  1. Portal MyInvois
    • Portal yang dihoskan oleh LHDNM
    • Boleh diakses oleh semua pembayar cukai tanpa sebarang kos
    • Juga boleh diakses oleh pembayar cukai yang perlu mengeluarkan e-Invois ketika mana sambungan Application Programming Interface (API) tidak tersedia
  2. Application Programming Interface (API)
    • API adalah satu set kod pengaturcaraan yang membolehkan penghantaran data secara langsung antara sistem pembayar cukai dan Sistem MyInvois
    • Memerlukan pelaburan awal dalam teknologi dan pelarasan kepada sistem sedia ada
    • Sesuai untuk pembayar cukai besar atau perniagaan dengan jumlah transaksi yang besar

Berikut merupakan cara pelaksanaan invois elektronik ini bermula dari penyediaannya melalui dua portal di atas sehingga ke proses penyimpanan dokumen yang telah disahkan dalam pangkalan data LHDN.

lhdn_e-invois-microsite_gambaran-keseluruhan_bm

Tarikh Pelaksanaan

e-Invois ini akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan pelaksanaan yang lancar. Pertimbangan dan perancangan yang teliti telah dibuat bagi memastikan pembayar cukai mempunyai tempoh masa untuk menyediakan dan menyesuaikan diri dengan pelaksanaan e-Invois.

Berikut adalah garis masa pelaksanaan invois elektronik:

Sasaran Pembayar CukaiTarikh Pelakasanaan
Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta1 Ogos 2024
Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM25 juta dan sehingga RM100 juta1 Januari 2025
Semua pembayar cukai1 Julai 2025

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang menginginkan maklumat tambahan berkenaan e-invois LHDN ini anda boleh dapatkan maklumat tersebut melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia;

Atau,

Anda boleh baca garis panduan invois elektronik yang disediakan pihak LHDN di bawah:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.