Advertisements

Akaun Fleksibel KWSP 2024 – Boleh Diakses Bila-Bila Masa

Sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 yang berlangsung pada 13 Oktober 2023 yang lepas, salah satu topik yang telah dibentangkan adalah berkenaan Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Hal ini demikian kerana, kerajaan tidak ingin melaksanaan pengeluaran bersasar KWSP sebaliknya kerajaan akan membuka satu lagi akaun kepada pencarum KWSP bagi membolehkan pencarum membuat pengeluaran bagi tujuan kecemasan.

Untuk mengetahui lebih lagi tentang akaun KWSP yang membenarkan pengeluaran pada bila-bila masa ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel bagi mengetahui lebih lagi.

Apa itu Akaun Fleksibel KWSP?

Akaun ahli KWSP ini akan distrukturkan semula untuk memperkasa simpanan persaraan. Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa

Buat masa ini, setiap pencarum KWSP mempunyai 2 jenis akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. Pengenalan Akaun 3 atau Akaun Fleksibel ini adalah bagi membolehkan mereka mengeluarkan sebahagian wang simpanan mereka dalam KWSP untuk waktu kecemasan.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, akaun 3 ini boleh diakses oleh semua ahli tanpa mengira sama ada mereka daripada kumpulan B40, M40 atau T20 pada bila-bila masa, khususnya ketika kecemasan.

Walau bagaimanapun, ingin ditekankan disini perkara ini masih dalam perbincangan sedang dimuktamadkan dan kaedah pengeluaran khas seperti yang dibenarkan Kerajaan sebelum ini tidak lagi dilaksanakan.

Akaun fleksibel kwsp

Bilakah Tarikh Pelaksanaan?

Akaun fleksibel ini dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2024. Walau bagaimanapun, ingin ditekankan sekali lagi bahawa perkara ini masih belum dimuktamadkan dan sebarang maklumat berkenaan hal ini akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.

Tarik minat anak-anak anda untuk menyimpan duit dengan menggunakan tabung-tabung comel ini.

Cara Pengeluaran Wang Akaun Fleksibel

Cara atau mekanisme pengeluaran wang melalui akaun fleksibel ini masih belum dimuktamadkan lagi. Sebarang maklumat baharu akan kami maklumkan dari semasa ke semasa di sini.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, akaun fleksibel ini membolehkan akaun III untuk diakses oleh semua ahli tanpa mengira sama ada mereka daripada kumpulan B40, M40 atau T20 pada bila-bila masa, khususnya ketika kecemasan.

Memandangkan Akaun Fleksibel KWSP ini lebih mudah diakses tanpa mengira status seseorang individu, cara pengeluaran yang bakal diperkenalkan kelak akan menentukan sama ada pengenalan akaun ini akan penyelamat atau pembaziran kerana terdapat individu yang akan menggunakan wang tersebut untuk tujuan bukan kecemasan.

Perkara ini perlu dipandang serius memandangkan seperti mana pengeluaran bersasar sebelum ini, terdapat segelintir masyarakat yang berdegil menggunakan wang dari dana tersebut untuk tujuan bukan kecemasan.

Baca juga: Ihsan-i: Pembiayaan Peribadi MBSB Bank (FSA2 KWSP)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.