Advertisements

Cara Tukar Kad CIMB Expired Secara Atas Talian

Tahukah anda, yang anda sudah tidak perlu beratur di kaunter bank CIMB untuk tukar kad bank anda. Sekarang, semuanya sudah boleh dilakukan dengan mudah secara atas talian.

Bagi anda yang ingin mengetahui bagaimana untuk melakukan pertukaran kad bank anda, pastikan anda terus bersama dengan kami sehingga ke penghujung artikel ini.

Tukar kad cimb

Sejarah Ringkas CIMB

CIMB Group Holdings Berhad merupakan syarikat Perkhidmatan Kewangan kedua terbesar di Malaysia yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia melalui Bumiputra-Commerce Holdings Berhad (BCHB).

Pada tahun 2004, CIMB memulakan proses membina sebuah bank sejagat yang kuat dan berdaya saing dengan ditunjangi Commerce International Merchant Bankers (CIMB), bank pelaburan yang terbesar di kawasannya.

Pada saat ini, CIMB Group telah berkembang dari jumlah pekerja seramai 1,000 orang di Malaysia kepada 20,000 orang di 12 negara manakala pelaburan pasarannya telah meningkat dari RM6.3 bilion kepada RM33.0 bilion.

Cara Tukar Kad CIMB Secara Atas Talian

Bagi anda yang ingin membuat pertujaran kad debit CIMB Bank yang telah tamat tempoh anda boleh melakukannya secara atas talian dengan cara berikut:

  • Pergi ke pautan berikut https://www.cimb.com.my/renewal
  • Tekan pada bahagian “Click here to renew now”
  • Masukkan enam (6) no. akhir pada kad pengenalan anda dan empat (4) no. akhir kad debit anda dan tekan butang “Proceed”
Tukar kad CIMB
  • Dapat dan masukkan nombor “OTP” melalui nombor telefon yang telah didaftarkan dan tekan butang “Conform”
OTP
  • Pilih proses pembaharuan kad debit yang pertama iaitu “Renew my debit card and deliver it to me”
CIMB debit kad
  • Sahkan alamat anda dan tekan butang “Proceed” dan “Yes” sebagai pengesahan
cimb-alamat

Selesai sudah permohonan anda untuk tukar kad CIMB Bank secara atas talian. Kad Debit tersebut akan diperoleh dalam tempoh 14 hari bekerja ke alamat yang telah anda berikan.

Jika dalam tempoh 14 hari bekerja anda tidak mendapatkan kad baharu, sila hubungi atau pergi ke cawangan CIMB terdekat bagi mendapatkan bantuan.

Cara Tukar Kad di Cawangan CIMB

Bagi anda yang ingin melakukan pertukaran kad Debit yang telah tamat secara manual atas sebab-sebab tertentu, CIMB telah menyediakan kemudahan bagi pelanggan mereka yang ingin melakukan pertukaran kad.

Bermula 15 Oktober sehingga akhir tahun ini, CIMB Bank akan membuka cawangan-cawangan tertentu pada hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, bermula dari 10 pagi sehingga 2 petang bagi memudahkan urusan pelanggan mereka.

Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk melakukan pertukaran kad Debit yang bakal tamat tempoh. Berikut merupakan senarai cawangan CIMB Bank yang akan beroperasi pada hujung minggu:

Pengaktifan Kad Baharu

Setelah melakukan pertukaran kad Debit anda perlu melakukan pengesahan bagi mengaktifkan kad baharu agar ia boleh digunakan. Pengaktifan kad ini boleh dilakukan di mana-mana Mesin ATM CIMB dengan menggunakan kad debit 6 digit nombor pengenalan peribadi ATM anda yang sedia ada dan melakukan transaksi ATM.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi CIMB Clicks anda boleh mengikut cara dibawah untuk mengaktifkan kad anda:

  • Log masuk akaun CIMB Clicks anda
  • Lakukan pengesahan mengikut arahan yang dipaparkan di skrin anda
  • Anda kini boleh melakukan segala urusan perbankan menggunakan kad debit CIMB baru anda!
aktif kad

Soalan Lazim

1. Siapa yang akan layak untuk melakukan pertukaran kad CIMB secara atas talian?

Mana-mana pelanggan CIMB yang:

  • Pegang Kad Debit CIMB yang telah tamat tempoh atau akan tamat tempoh dalam tempoh tiga (3) bulan akan datang;
  • Sedang menetap di Malaysia; dan
  • Mempunyai nombor mudah alih Malaysia yang sah berdaftar dengan CIMB

2. Adakah cara ini terpakai kepada semua Kad Debit CIMB?

Cara ini boleh digunakan untuk hampir kesemua kad Debit kami kecuali:

  • Kad Master Debit CIMB PETRONAS
  • CIMB MyDebit Mastercard (dahulunya dikenali sebagai CIMB Tesco Debit Mastercard)
  • Kad Master Debit Pilihan CIMB
  • Kad Master Debit Octo CIMB.

3. Adakah saya perlu mengemukakan sebarang dokumen?

Tiada dokumen diperlukan.

4. Bilakah saya akan menerima Kad Debit CIMB saya?

Anda akan menerima Kad Debit CIMB anda dalam masa 14 hari bekerja (tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum)

5. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya tidak menerima kad debit saya dalam tempoh 14 hari bekerja?

Sila hubungi kami atau kunjungi mana-mana cawangan CIMB untuk mendapatkan bantuan.

6. Adakah saya perlu mengaktifkan kad debit saya yang telah diperbaharui?

Ya, anda mesti mengaktifkannya di mana-mana Mesin Juruwang Automatik (“ATM”) dengan menggunakan kad debit 6 digit nombor pengenalan peribadi ATM (“PIN”) anda yang sedia ada dan melakukan transaksi ATM.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan cara pertukaran kad debit CIMB Bank yang bakal tamat tempoh anda boleh dapatkan di laman rasmi CIMB atau terus ke cawangan CIMB berdekatan anda.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.