Advertisements

Subsidi Ayam Bakal Ditamatkan Bermula 1 November 2023

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menyatakan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menamatkan pemberian subsidi ayam kepada pembekal bermula 1 November 2023 ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sebab dan impak pembatalan subsidi kepada rakyat, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini untuk mengetahui lebih lagi.

Apa itu Subsidi Ayam?

Subsidi merupakan satu bentuk bantuan kewangan yang dibayar kepada suatu perniagaan atau sektor ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan kepada pengeluar atau pengedar di dalam sebuah industri untuk mencegah kemerosotan industri atau suatu kenaikan harga produk.

Pada 5 Februari 2022, kerajaan yang lepas telah memperkenalkan tentang subsidi ayam yang dilaksanakan sebagai sebagai sebahagian langkah “Jihad Inflasi” akibat inflasi sedang melonjak naik ketika itu.

Dengan cara ini, ia dapat membantu penternak untuk mengurangkan kos pengeluaran dan rakyat dapat menikmati harga ayam yang lebih rendah dan berpatutan.

Pembatalan Subsidi Ayam

Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), kerajaan telah bersetuju untuk menamatkan subsidi dan kawalan harga bagi ayam bermula 1 November 2023 selaras dengan pendekatan penyasaran semula subsidi secara berfasa.

Rasional penamatan subsidi ini adalah bagi mengurangkan ketirisan subsidi kerana menurut Datuk Seri Mohamad Sabu, ketika ini subsidi ini turut dinikmati warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

Beliau juga menyatakan bahawa penamatan harga kawalan ayam juga diambil bagi menyokong kemampanan industri pengeluar ayam tempatan dan melalui kaedah ini, kerajaan dapat meningkatkan pelbagai inisiatif sosioekonomi dan kebajikan rakyat.

Berikut merupakan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkenaan penamatan kawalan harga dan subsidi ayam:

Subsidi ayam
Subsidi ayam

Sebab Pembatalan Subsidi

Empat sebab penting mengapa kawalan harga dan subsidi ayam ini dihentikan adalah kerana:

  • Industri ternakan dapat beroperasi secara normal dan gangguan bekalan pasaran dapat dipulihkan
  • Subsidi secara pukal yang diberikan dapat diagihkan dan disasarkan semula secara terus kepada rakyat
  • Peruntukan kerajaan dapat disalurkan kepada projek-projek infrastruktur dan pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat
  • Bagi mengelakkan ketirisan yang menguntungkan golongan kaya dan warga asing

Baca juga: Subsidi Bantuan Tiket Kapal Terbang Bagi Pelajar Universiti Awam

Kesan Subsidi Pukal & Kawalan Harga

Impak pemberian subsidi ayam ini boleh dilihat daripada tiga sudut, iaitu daripada sisi rakyat, pengeluar dan kerajaan. Berikut adalah kesan yang dijangka oleh pihak kerajaan apabila subsidi ini dihentikan:

Dapatkan bahan mentah anda di Shopee dengan mudah tanpa perlu membuang masa untuk beratur di kaunter.

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat tambahan berkenaan penamatan kawalan harga dan subsidi ayam ini anda boleh dapatkannya di Facebook KPKM di pautan berikut: https://www.facebook.com/kpkmmalaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: