Advertisements

Cukai Perkhidmatan Naik 8 Peratus – Belanjawan 2024

Pada 13 Oktober 2023 yang lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan berkenaan kenaikan kadar cukai perkhidmatan sebanyak lapan (8) peratus sewaktu pembentangan Belanjawan 2024.

Beliau dalam pembentangan tersebut telah menyatakan bahawa kerajaan akan memperluaskan cukai ini meliputi logistik, pembrokeran, pengunderaitan dan karaoke. Namun pengecualian akan diberikan kepada perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi yang akan dikekalkan sebanyak enam peratus sahaja.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kenaikan kadar cukai ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

Belanjawan 2024

Bagi Belanjawan 2024, kerajaan telah memutuskan untuk memberikan peruntukkan sebanyak RM393.8 bilion, dan jumlah ini merupakan Belanjawan tertinggi pernah dibentangkan.

Semua usaha yang dirangka akan menyusul setiap keutamaan dan penanda aras Ekonomi MADANI yang dicerakinkan kepada tiga tumpuan utama iaitu:

  1. Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan.
  2. Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan
  3. Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.

Salah satu perkara yang dibincangkan pada Belanjawan 2024 ini adalah berkenaan kenaikan kadar cukai perkhidmatan. Tonton video di bawah untuk ketahui lebih lagi:

Apa itu SST?

SST merupakan atau Sales and Services Tax, merupakan sistem cukai perkhidmatan di Malaysia. Sebelum ini, negara kita menggunakan sistem GST iaitu Good Service dan ditukar menjadi SST selepas pertukaran kerajaan.

SST ini terbahagi kepada dua iaitu cukai jualan (Cukai atas produk yang dihasilkan secara tempatan dan ke atas barangan bercukai yang diimport ke Malaysia) dan cukai perkhidmatan (Cukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai yang disediakan di Malaysia).

Berikut merupakan kadar cukai jualan SST ialah:

  • 5% – Barangan termasuk bahan makanan asas, bahan binaan, jus buah-buahan, komputer peribadi, telefon bimbit dan jam tangan
  • 10% – Untuk barangan lain kecuali petroleum tertakluk kepada kadar tertentu dan barangan yang tidak dikecualikan

Bagi kadar cukai perkhidmatan boleh lihat dibahagian seterusnya.

Kenaikan Cukai Perkhidmatan

Cukai perkhidmatan adalah satu jenis cukai dalam negeri yang dikenakan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 (ACP). Ia dikenakan ke atas apa-apa perkhidmatan yang kena dibayar cukai yang disediakan oleh mana-mana orang yang kena membayar cukai (pemegang lesen).

Sebelum ini, cukai yang dikenakan bagi setiap perkhidmatan seperti logistik, pembrokeran, pengunderaitan, karaoke, makanan, telekomunikasi dan sebagainya adalah sebanyak enam peratus.

Namun begitu sewaktu pembentangan Belanjawan 2024, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kadar cukai tersebut akan dinaikkan menjadi lapan peratus.

Walau bagaimanapun, peningkatan itu tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi, tempat letak kereta dan logistik.

Cukai perkhidmatan

Perkhidmatan yang Dikenakan Cukai

Jenis perkhidmatan yang kena di bayar cukai disenaraikan dalam Jadual Kedua Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975 seperti berikut :

KUMPULAN JENIS PERKHIDMATAN
​​Kumpulan A​ Hotel
Kumpulan B1 Restoran Terletak Dalam Hotel Yang Mempunyai Lebih Daripada 25 Bilik​​
Kumpulan B2 Restoran Terletak Dalam Hotel Yang Mengandungi 25 Bilik Atau Kurang
Kumpulan C Restoran Terletak Di Luar.
Kumpulan D Kelab Malam, Dewan Tari, Kabaret, Pusat Kesihatan, Rumah Urut, Rumah Awam Dan Rumah Bir.
Kumpulan E Kelab Persendirian
Kumpulan E1 Padang Golf Dan Lapangan Sasar Golf Selain Daripada Dalam Kumpulan A Dan E.
Kumpulan F Hospital Persendirian
Kumpulan G Penyedia Perkhidmatan Lain

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan hal ini boleh terus ke Portal Rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Baca juga: STR 2024: Kadar Sumbangan Tunai Rahmah (Belanjawan 2024)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.