Pemberian Baucer Jom Shopping Sebanyak RM150 Kepada Penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
Skim Mesra Usia Emas atau SMUE merupakan sebuah skim yang dijalankan oleh kerajaan negeri Selangor di bawah Iltizam Selangor Penyayang bagi membantu golongan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Melalui skim ini, mereka yang berkelayakan akan menerima manfaat sumbangan sebanyak RM150 pada hari kelahiran mereka, dengan bantuan khairat kematian sebanyak RM500.
Untuk mengetahui lebih lagi tentang SMUE ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel.
Apa itu Skim Mesra Usia Emas?
Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini merupakan salah satu program Skim Mesra yang tersenarai di bawah Iltizam Selangor Penyayang yang telah dilancarkan pada bulan Ogos 2009. Program ini menyasarkan golongan warga emas sebagai penerima manfaat di bawah SMUE.
Pemohon yang layak akan menerima manfaat baucar beli-belah sebanyak RM 150 di pasaraya terpilih setiap tahun seumur hidup dan juga khairat kematian RM 500 sekiranya mereka meninggal dunia.
Baucar Jom Shopping tersebut boleh diambil oleh penerima bantuan di pejabat Pusat Khidmat DUN atau kaunter yang ditetapkan sepanjang tahun tanpa perlu menunggu bulan kelahiran mereka seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini.
Penambahbaikan ini adalah bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor yang menghargai golongan warga emas dan mahu mereka menikmati hasil negeri semasa mereka masih hidup. Baucer Jom Shopping ini akan membantu golongan warga emas dalam membeli barang keperluan asas sebagai kelengkapan menjelang musim perayaan.
Manfaat SMUE
Melalui Skim Mesra Usia Emas ini, penerima yang layak akan memperoleh dua manfaat iaitu:
- Baucer Jom Shopping (RM150)
- Baucar RM 150 diberikan setiap tahun semasa ahli masih hidup
- Baucar boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar
- Baucar hanya boleh dituntut semasa ahli masih hidup sahaja.
- Tuntutan baucar selepas kematian adalah tidak DIBENARKAN.
- Baucar hanya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja
- Baucar hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat
- Baucar yang hilang atau tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan tidak boleh diganti.
- Ahli diminta untuk sentiasa kemaskini maklumat nombor telefon bagi mengelakkan terlepas sebarang info
- Khairat Kematian (RM500)
- Tuntutan khairat kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar sahaja
- Tertakluk kepada kematian bermula 1 Januari 2021
- Tuntutan melewati tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar tidak akan DIBAYAR.
- Pembayaran akan dibuat kepada pewaris yang berdaftar melalui pindahan wang terus ke akaun atau serahan tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN
- Jika si mati belum didaftarkan di bawah Skim Mesra, waris dikehendaki membuat permohonan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian si mati.
- Tuntutan melewati tempoh 6 bulan dari tarikh si mati meninggal dunia bagi permohonan selepas kematian tidak akan DILAYAN
- Rujuk senarai dokumen yang diperlukan pada borang tuntutan khairat kematian
Syarat Kelayakan
Untuk mendapatkan manfaat Jom Shopping SMUE ini, pemohon perlu mendaftar dahulu di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE).
Syarat permohonan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 60 tahun dan ke atas
- Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
- Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN
- Beralamatkan di Selangor dalam kad pengenalan; DAN
- Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
- Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
Bermula pada 1 April 2023 permohonan akan tertakluk pada syarat berikut :
- Warganegara Malaysia; DAN.
- Berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
- Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
- Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
- Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
Cara Permohonan Skim Mesra Usia Emas
- Permohonan SMUE boleh dibuat secara manual ataupun atas talian di laman rasmi Skim Mesra Usia Emas.
- Bagi permohonan secara manual, pemohon boleh mendaftar di pejabat Pusat Khidmat DUN yang terdekat (dalam kawasan Negeri Selangor sahaja).
- Permohonan yang dibuat secara atas talian pula, pemohon perlu mencetak borang permohonan selepas selesai pendaftaran dibuat
- Setiap permohonan yang dibuat (manual atau atas talian) perlu melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dengan lengkap:
- Borang Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE).
- Salinan Kad Pengenalan pemohon.
- Salinan semakan daftar Pemilih SPR pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan pewaris.
- Sijil kematian si mati. (Jika Berkaitan)
- Surat Akuan Sumpah. (Jika Berkaitan)
- Salinan Dokumen Pendaftaran Pertubuhan/ Rumah Kebajikan. – (Jika Berkaitan
- Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak lengkap sekaligus melambatkan proses penerimaan manfaat
- Permohonan yang dibuat secara atas talian (online), borang dan dokumen sokongan hendaklah dihantar dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.
- Borang dan dokumen sokongan boleh dihantar di Pusat Khidmat DUN berdekatan kawasan tempat tinggal atau Pejabat YAWAS
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN SMUE 2023:
# | Perkara | Borang |
---|---|---|
1 | Borang Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) | Muat Turun |
2 | Borang Tuntutan Khairat (SMUE) | Muat Turun |
3 | Borang Tukar / Kemaskini Pewaris | Muat Turun |
4 | Borang Mastautin | Muat Turun |
Semakan Ahli SMUE
Bagi penerima bantuan yang pernah mendaftar di bawah skim ini sebelum ini, pastikan anda melakukan semakan terlebih dahulu di laman rasmi Skim Mesra Usia Emas dengan memasukkan no. kad pengenalan anda melalui pautan https://smue.yawas.my/admin/ online_semakan.php.
Sebarang pengemaskinian maklumat seperti nombor telefon, alamat, penukaran kawasan DUN, penukaran waris, maka ahli SMUE atau pewaris perlu mengisi Borang Kemaskini Maklumat yang boleh di muat turun di laman web tersebut atau pergi sahaja ke Pusat Khidmat DUN terdekat atau pejabat YAWAS.
Setelah melakukan semakan barulah anda boleh melakukan penebusan baucar seperti di bawah
Tarikh Akhir Serahan Baucer Jom Shopping
Bagi anda yang telah berjaya lulus permohonan SMUE, anda boleh mengambil baucer Skim Mesra ini sehingga 31 Oktober di Pejabat YAWAS.
Baucer Jom Shopping sebanyak RM150 akan diberikan kepada penerima yang layak bagi digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja.
Setelah menerima baucer tersebut pastikan anda menggunakannya dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat, kerana selepas tiga bulan baucer tidak akan boleh digunakan lagi.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berhubung semakan status permohonan SMUE, sila layari laman sesawang http://e-mesra.yawas.my atau hubungi YAWAS melalui cara berikut:
- Careline: 03-5481 8800.
- E-mel : [email protected]
- Alamat: Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor
Baca juga: MamaKerja: Insentif RM1,000 Bagi Ibu Bekerja