Advertisements

MamaKerja: Insentif RM1,000 Bagi Ibu Bekerja

MamaKerja merupakan salah satu insentif yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor kepada wanita bekerja bagi memenuhi janji 100 hari Kerajaan Negeri Selangor di bawah Program 5 Tekad untuk 5 Tahun.

Insentif ini diberikan bagi meringankan beban wanita bekerja terhadap penjagaan anak-anak, sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk menghantar anak-anak ke pusat pendidikan dan penjagaan yang selamat dan berkualiti.

Bagi warga Selangor yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang insentif ini dan cara untuk memohonnya, pastikan anda bersama kami sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui lebih lagi.

MamaKerja

Apa itu MamaKerja?

Pada 26 Oktober yang lepas, kerajaan Selangor menerusi Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat telah mengumumkan tentang pemberian satu insentif penjagaan anak bagi membantu golongan ibu yang sedang bekerja.

MamaKerja merupakan insentif yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor kepada wanita bekerja bagi memenuhi janji 100 hari Kerajaan Negeri Selangor di bawah Program 5 Tekad untuk 5 Tahun.

Insentif sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada para wanita bekerja yang mempunyai anak bertujuan untuk mengangkat martabat mereka dan dalam masa yang sama membantu memudahkan urusan mereka.

Seramai 5,000 penerima akan dipilih bagi insentif MamaKerja ini, dan bagi individu yang layak agihan bantuan tersebut akan diberikan dalam tempoh 14 hari selepas keputusan kelayakan diumumkan melalui akaun masing-masing.

Kenyataan media
Kenyataan media

Cara & Tarikh Permohonan MamaKerja

Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan di bawah dan berminat untuk melakukan permohonan, anda boleh melakukannya melalui aplikasi Selangkah atau laman web MamaKerja bermula 1 November 2023 pada 10:00 pagi.

Syarat Kelayakan MamaKerja

Syarat kelayakan bagi permohon yang ingin memohon insentif ini adalah seperti berikut:

  • Wanita bekerja dan bermajikan
  • Rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun)
  • Mengundi di Selangor
  • Berpendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah
  • Individu yang mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Bukan penerima bantuan Asuh Pintar, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) dan Tunas

Dokumen yang Diperlukan

Bagi anda yang bakal melakukan permohonan untuk MamaKerja ini, berikut adalah dokumen yang perlu anda sediakan dan muat naik sewaktu permohonan nanti:

  • Kad pengenalan pemohon
  • Kad pengenalan pasangan
  • MyKid/Sijil lahir anak
  • Salinan penyata gaji terkini
  • Salinan penyata gaji pasangan terkini
  • Penyata KWSP terkini/ Penyata EA
  • Salinan penyata bank
  • Dokumen pengesahan pengundi Selangor
MamaKerja

Soalan Lazim

Berikut merupakan jawapan kepada soalan-soalan lazim berkenaan insentif MamaKerja ini:

Soalan lazim
Mamakerja-2
Mamakerja-3

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan peralatan bayi dengan harga berpatutan di sini.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai insentif ini, sila rujuk saluran berikut:

  • Talian hotline : 1-800-22-6600
  • Laman web rasmi MamaKerja

Baca juga: Bantuan Awal Persekolahan 2024: Jumlah & Tarikh Pembayaran

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.